Malam tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan bahawa tempoh Kawalan Pergerakkan akan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020.
Memahami kondisi negara yang sedang berjuang dengan pendemik Covid-19, hampir keseluruhan rakyat Malaysia akur dan patuh dengan arahan PKP. Namun, tidak dinafikan bahawa sumber pendapatan masing-masing terjejas teruk.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Penang Kini, seorang pengguna laman sosial dikenali sebagai Alin Taharin telah memuat naik beberapa foto yang menghibakan apabila terlihat seorang lelaki disisi motosikalnya sambil menjual tudung.
Untuk beli pampers & susu anak
Dia telah menggantung kadboard memberitahu bahawa dia menjual tudung-tudung tersebut untuk mendapatkan duit bagi membeli lampin serta susu buat anaknya.
Dalam keadaan panas terik, dia telah memarkir motosikal tersebut di kawasan Petronas Seberang Jaya bagi berjualan tudung yang digantung di motosikalnya.
Susah orang kita tak tahu
Perkongsian yang dibuat oleh sumber telah menarik ramai orang untuk meninggalkan komen diruangan tersebut. Rata-rata mereka meluahkan rasa sebak dengan kesukaran yang dihadapi oleh lelaki itu yang berusaha mencari duit demi anak-anak di rumah.
Semoga menjadi rezekinya dibulan Ramadan
Sumber : Penang Kini, Alin Taharin