Samsung Perkenal Galaxy Z Fold7 & Galaxy Z Flip7: Paparan Lebih Luas, AI Lebih Pintar dan Rekaan Lebih Kompak
- oleh Mohd Indera
- 16 Jul 2025 12:33 pm

Samsung Electronics Co., Ltd. memperkenalkan dua telefon pintar terbaharu mereka, Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7, yang membawakan pengalaman peranti boleh lipat ke tahap lebih tinggi menerusi paparan lebih luas, prestasi dipertingkat dan kecerdasan buatan (AI) generasi baharu yang semakin pintar.
Samsung Galaxy Z Fold7 tampil sebagai peranti paling nipis dan ringan dalam siri Galaxy Z setakat ini, direka khusus untuk pengguna yang mahukan produktiviti maksimum dalam satu peranti mudah alih.
Dengan berat hanya 215 gram dan ketebalan 8.9mm apabila dilipat, Galaxy Z Fold7 menawarkan paparan hadapan 6.5 inci Dynamic AMOLED 2x dan paparan utama 8 inci dengan Vision Booster serta kecerahan puncak 2,600 nits, sesuai untuk tugasan harian, penyuntingan mahupun hiburan.
Fold7 dipacu One UI 8 berasaskan Android 16 dengan ciri AI lebih pintar termasuk Gemini Live, Circle to Search, AI Results View serta Drag & Drop AI bagi memudahkan urusan harian.
Ditenagai cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Fold7 menyokong prestasi lebih pantas dan cekap untuk tugasan AI atas peranti seperti penterjemahan masa nyata dan Generative Edits.
Kamera 200MP yang diperkenalkan buat kali pertama dalam siri ini menawarkan gambar lebih tajam dan jelas, diperkasa AI ProVisual Engine serta teknologi keselamatan Knox Enhanced Encrypted Protection (KEEP).
Bagi Galaxy Z Flip7 pula, Samsung membuktikan keupayaan AI tidak memerlukan peranti bersaiz besar. Flip7 menampilkan paparan FlexWindow 4.1 inci yang lebih besar, lebih cerah (2,600 nits) dan lebih pintar, memudahkan pengguna mengakses notifikasi, menjawab mesej, melihat jadual harian dan mengambil swafoto terus dari skrin hadapan.
Paparan utamanya pula ialah Dynamic AMOLED 2x bersaiz 6.9 inci dengan kadar segar semula 120Hz yang sangat lancar.
Dengan reka bentuk lebih nipis (13.7mm) dan ringan (188 gram), Flip7 turut dilengkapi Armor Aluminum Frame serta perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 2, menjadikan ia tahan lasak untuk penggunaan harian.
Bateri 4,300mAh, terbesar dalam siri Flip setakat ini, menawarkan ketahanan sehingga 31 jam tontonan video, dipacu cip 3nm generasi terkini untuk prestasi lebih lancar. Kali pertama juga, Flip7 menyokong Samsung DeX untuk produktiviti seakan komputer.
FlexWindow baharu membolehkan pengguna mengakses Gemini Live secara langsung untuk carian maklumat, menetapkan peringatan atau merancang perjalanan, semuanya melalui skrin hadapan sahaja.
Now Bar memaparkan notifikasi dan aktiviti aplikasi secara masa nyata, manakala Now Brief menawarkan kemas kini peribadi seperti cuaca, jadual harian, senarai main dan statistik kecergasan.
Pengalaman AI kini lebih mesra pengguna, membolehkan carian, tindakan dan suntingan dilakukan terus dari skrin hadapan.
Untuk fotografi, Flip7 membawakan sistem dwi-kamera dengan lensa 50MP Wide dan 12MP Ultra-Wide serta ciri Enhanced Nightography untuk rakaman waktu malam lebih jelas.
Ciri Real-Time Filters, Zoom Slider dan Dual Preview menjadikan swafoto lebih mudah, sementara Portrait Studio memperkenalkan efek kreatif baharu untuk gambar haiwan peliharaan dan potret.
Samsung turut memperkenalkan Galaxy Z Flip7 FE untuk membawa pengalaman peranti lipat kepada lebih ramai pengguna. Dilengkapi paparan utama 6.7 inci, kamera 50MP FlexCam dan kemas kini Now Brief, Flip7 FE hadir dengan rekaan lebih minimalis dan ditawarkan dalam warna Black dan White.
Samsung memperkukuh keselamatan kedua-dua peranti ini dengan Knox Enhanced Encrypted Protection (KEEP) serta menyokong kriptografi pasca-kuantum menerusi Secure Wi-Fi untuk sambungan lebih selamat, sejajar keperluan dunia digital masa kini.
Galaxy Z Fold7 ditawarkan dalam pilihan warna Blue Shadow, Silver Shadow, Jetblack dan Mint (eksklusif dalam talian) dengan harga bermula RM7,799 untuk storan 12GB RAM + 256GB, manakala model 12GB RAM + 512GB berharga RM8,399.
Bagi pengguna yang mahukan storan maksimum 1TB, model 16GB RAM + 1TB ditawarkan pada harga RM9,899. Maklumat lanjut boleh didapati di:
www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold7/
Galaxy Z Flip7 pula hadir dengan storan 12GB RAM + 256GB pada harga RM4,999 dan 12GB RAM + 512GB storan pada harga RM5,599. Warna pilihan termasuk Blue Shadow, Coralred, Jetblack dan Mint (eksklusif dalam talian).
Galaxy Z Flip7 FE ditawarkan dengan storan 8GB RAM + 128GB pada harga RM3,999 dan 8GB RAM + 256GB pada harga RM4,299 dengan warna Black dan White.
Pra-tempahan bagi kedua-dua peranti bermula 9 Julai 2025 jam 10 malam hingga 31 Julai 2025, manakala jualan umum akan bermula 1 Ogos 2025.
Maklumat lanjut boleh didapati di:
www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip7/
www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip7-fe/