Ikuti Kami:

Samsons Teruja Bertemu Peminat di Cheetah 1 Utama Sebelum Konsert

Samsons Teruja Bertemu Peminat di Cheetah 1 Utama Sebelum Konsert

Kumpulan pop-rock terkenal Indonesia, Samsons, berpeluang bertemu peminat secara dekat semalam dalam sesi Meet & Greet eksklusif di butik Cheetah, 1 Utama Shopping Centre, menjelang konsert mereka yang dijadualkan esok.

Acara ini dianjurkan oleh Cheetah Malaysia dan menarik kehadiran peminat dari pelbagai lapisan usia, termasuk mereka yang mengikuti perjalanan muzik Samsons sejak era 2000-an.

Sesi ini memberi peluang peminat untuk mengambil gambar bersama ahli kumpulan, mendapatkan tanda tangan, serta berinteraksi secara langsung.

Pengunjung turut berpeluang meneroka koleksi fesyen Cheetah yang menekankan keselesaan, keyakinan, dan ekspresi diri, menggabungkan elemen muzik dan fesyen dalam satu pengalaman unik.

Menurut Encik Choo, Ketua Pegawai Operasi Cheetah, kerjasama dengan Samsons menekankan bahawa fesyen dan muzik berkongsi bahasa ekspresi diri yang sama.

“Kami mahu memberi pengalaman yang lebih dekat kepada peminat, dan menggabungkan elemen muzik dengan gaya adalah cara terbaik untuk menyatukan komuniti dan mencipta kenangan abadi.” katanya.

Penyanyi Adrian Martadinata turut meluahkan keterujaannya untuk beraksi di pentas esok.

“Kami sangat teruja untuk memberi persembahan kepada peminat esok. Bertemu mereka secara langsung hari ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik di pentas dan berkongsi muzik yang telah menjadi sebahagian daripada kenangan ramai.” katanya.

Acara ini turut membangkitkan rasa nostalgia, mengimbau era 2000-an apabila muzik Samsons mula menawan hati pendengar.

Antara lagu popular Samsons yang bakal dipersembahkan termasuk Kenangan Terindah, Naluri Lelaki, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna, yang sering menjadi simbol cinta, kerinduan dan pengorbanan kepada peminat setia mereka di seluruh rantau ASEAN.

Konsert Samsons Live in Malaysia Kenangan Terindah yang bakal berlangsung pada Ahad, 9 November di IDEA Live Arena, Damansara 3, Petaling Jaya.

Komen
Loading...