Ikuti Kami:

Samma Bag Denim Bakal Cipta Sejarah, Aliff Syukri Rayu Sokongan Rakyat Malaysia

Samma Bag Denim Bakal Cipta Sejarah, Aliff Syukri Rayu Sokongan Rakyat Malaysia

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong misinya mencipta sejarah menerusi pelancaran koleksi terbaharu Samma Bag Denim yang akan berlangsung pada 3 Ogos 2025, jam 8 malam di TikTok Papa Laris.

Pelancaran secara langsung itu bukan sekadar memperkenalkan rekaan beg eksklusif tempatan, malah membawa aspirasi besar untuk memecah rekod sebagai jualan beg paling pantas di Malaysia, sekali gus mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Sebagai sebahagian usaha mempromosikan koleksi tersebut, Aliff dan pasukannya telah memulakan roadshow di sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang menjadi medan beliau mendekati pelanggan secara langsung.

“Saya rayu kepada rakyat Malaysia, marilah sama-sama bantu capai impian ini. Ini bukan tentang saya seorang, tapi tentang jenama tempatan yang mampu pergi jauh di peringkat antarabangsa,” katanya .

Sebagai tanda penghargaan dan semangat berkongsi rezeki, Aliff mengedarkan 500 helai tudung dan jeruk mangga percuma kepada orang ramai yang hadir ke sesi roadshow dan pelancaran rasmi yang turut dihadiri semua ahli keluarganya.


Lebih menarik, pembeli beg pada malam pelancaran juga berpeluang menyertai peraduan ‘Gores dan Menang’ yang menawarkan hadiah bernilai tinggi seperti pakej umrah, motosikal, barang kemas, barangan elektrik dan sebuah kereta.

“Kami lancarkan misi ini dari bawah dengan penuh semangat. Kalau berjaya, saya janji akan sumbang lebih kepada anak-anak yatim,” katanya lagi.

Koleksi Samma Bag Denim yang akan dijual pada harga RM79 merupakan satu lagi produk di bawah jenama Papa Laris yang kini menjadi fenomena di platform TikTok kerana pendekatan agresif dan kreatif dalam pemasaran digital.

“Beg ini belum pernah dijual. Ini kali pertama dan ia sangat eksklusif. Keluaran terhad. Siapa cepat dia dapat. Kami dah buat kempen besar-besaran cuma kini saya hanya berserah dan berharap rakyat bersama-sama doakan kejayaan,” ujarnya.

Pelancaran ini dianggap sebagai antara langkah berani dalam memperkukuh jenama lokal dan meletakkan produk tempatan setanding jenama antarabangsa, sekali gus mengangkat imej peniaga Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.

Orang ramai boleh menyaksikan pelancaran istimewa ini secara langsung menerusi TikTok Papa Laris pada malam 3 Ogos ini.

Komen
Loading...