Ikuti Kami:

Sambutan Luar Biasa, Tiket Konsert Inteam Sold Out Lagi!

Sambutan Luar Biasa, Tiket Konsert Inteam Sold Out Lagi!

Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun terus mencipta fenomena apabila tiket bagi lokasi baharu sekali lagi habis dijual dalam masa satu jam sahaja.

Ini adalah kali kedua tiket konsert ini sold out, selepas lokasi asal juga mencatatkan rekod serupa.

Kumpulan nasyid terkenal itu menyampaikan rasa syukur dan terima kasih kepada para peminat melalui kenyataan rasmi di laman Facebook mereka.

“Alhamdulillah. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang berjaya membeli tiket. SubhanaAllah, ampun maaf kepada yang tidak berjaya. Usaha anda kami beri A+!” ujar mereka.

Meskipun tiket habis terjual, peminat masih berpeluang mendapatkan barangan rasmi konsert yang kini boleh dipesan melalui kasihkekasih.com sehingga 30 Jun 2025.

Pihak Inteam turut memberikan bayangan akan ada pengumuman khas yang bakal menggembirakan peminat yang tidak sempat membeli tiket.

“Nantikan pengumuman kami. InshaAllah, ada berita gembira,” tambah kenyataan itu.

Proses jualan tiket kali ini juga mencabar apabila terdapat penggunaan bot dan multi-peranti yang mengganggu kelancaran pembelian.

“Namun, pihak Ticket Empire berjaya mengawal keadaan dengan baik.” katanya.

Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi turut menjadi simbolik kepada perjalanan 25 tahun Inteam di persada muzik tanah air.

Peminat disarankan mengikuti perkembangan terkini di saluran rasmi kumpulan tersebut untuk sebarang maklumat tambahan.

Komen
Loading...