Sambutan Hari Raya Aidiladha Dan Ibadah Korban Dibenarkan Mengikut SOP
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini.
Salah satu perkembangan yang pasti menggembirakan rakyat terutamanya yang beragama Islam, Muhyiddin menyatakan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha adalah dibenarkan.
“Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.”
Namun, menurut Muhyiddin bagi solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah ibadat, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah di masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.
Semalam, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dilaporkan telah membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.