Ikuti Kami:

Sambut Hari Jadi Dengan Mengutip Sampah Selama 23 Hari

Sambut Hari Jadi Dengan Mengutip Sampah Selama 23 Hari

Setiap kali sambutan hari jadi biasanya ramai yang akan menyambut bersama keluarga dan rakan-rakan dalam satu majlis kan? Berbeza dengan remaja ini apabila dia memilih cara yang unik dan berbeza untuk sambutan hari jadi yang ke 23 tahun kali ini.

Hazmi Nabil memilih untuk mengutip sampah di sekitar kawasan Lembah Klang selama 23 hari. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan, dia memilih cara ini untuk menyambut hari jadinya kerana tiada majlis yang boleh dilakukan.

Bermula daripada 23 Mei lalu, Hazmi akan meneruskan aktiviti ini selama 23 hari iaitu sehingga 15 Jun ini selepas berehat sehari pada Syawal pertama lalu.

Pada hari pertama sahaja, dia berjaya mengumpulkan sebanyak tiga beg plastik sampah di kawasan sekitar. Dia turut berkongsikan perjalanannya setiap hari di akaun Twitter miliknya itu.

Hari kedua

Hari ketiga

Hari keempat 

Berdasarkan perkongsiannya setiap hari, dia berjaya mengumpulkan pelbagai jenis sampah setiap hari antaranya puntung rokok, kotak rokok, mercun malah telefon juga ada! Sikap murni yang ditunjukkan remaja ini juga menarik perhatian ramai sehingga ada yang turut tertarik untuk melakukan perkara yang sama.


Memang bukan senang untuk kutip sampah di kawasan sekitar lagi-lagi jika dilakukan seorang diri.

Usaha murni remaja ini patut diberikan pujian kerana mampu menunjukkan contoh yang baik kepada remaja lain di luar sana.

Semoga usaha ini berjaya dihabiskan selama 23 hari ini dalam keadaan yang baik dan selamat!

Komen
Loading...