Berita baik untuk anda yang mungkin tengah bosan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini. Pada 7 Mei (hari ini), anda berpeluang untuk menyaksikan satu fenomena semulajadi bulan purnama gergasi yang ke empat untuk tahun ini.
Menurut kenyataan National Aeronautics and Space Administration(NASA), fenomena ini akan dapat dilihat bermula hari Selasa sehingga Jumaat, 8 Mei. Fenomena Super Flower Moon ini juga akan muncul pada 7.18 malam (waktu Malaysia). Ini merupakan waktu dimana bulan mula mendekati garisan cakerawala.
Kenapa fenomena ini dipanggil Super Flower Moon? Untuk pengetahuan anda, nama ini diberi kerana bulan purnama gergasi ini muncul pada awal musim bunga untuk tahun 2020.
Super Flower Moon akan muncul dengan warna kuning hingga ke jingga gelap.
Istilah “Supermoon” telah dipopularkan dalam beberapa tahun kebelakangan untuk menggambarkan bulan purnama yang jatuh berhampiran ‘perigee’, titik di orbitnya ketika berada paling dekat dengan Bumi. Akibatnya, bulan nampak sedikit lebih besar dan lebih terang dari biasanya, bagaimanapun perbezaannya mungkin sukar untuk diperhatikan. Walaupun ia mungkin perbezaan kecil, ia dapat mempengaruhi kehidupan di Bumi.
“Supermoon berperanan dalam pasang surut dan mempunyai pengaruh yang lebih kuat daripada bulan-bulan penuh yang lain,” kata Ahli Meteorologi Kanan AccuWeather David Samuhel.
Selepas minggu ini, orang-orang di seluruh dunia harus menunggu hingga 27 April 2021, untuk kesempatan berikutnya untuk melihat supermoon di langit malam.