Ikuti Kami:

Rumah “The Kampung Boy” Bakal Dikunjungi Akhir Tahun Ini

Rumah “The Kampung Boy” Bakal Dikunjungi Akhir Tahun Ini

Bagi penggemar komik ikonik atau siri animasi The Kampung Boy, karya Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, pasti anda menggemari setiap kisah yang tercatat di dalam komik nostalgia ini.

Diilhamkan melalui kisah zaman kecilnya, siri komik dan animasi ini menceritakan tentang seorang budak lelaki yang tinggal di sebuah kampung yang cukup ‘typical’. Satu perkara yang pastinya sentiasa melekat di fikiran kita adalah rumah keluarga Lat yang digambarkan dengan indah dan cukup nostalgik.

Rumah Lat dan Galeri.
Rumah yang pada asalnya terletak di Kampung Lalang, Kota Bahru, Perak di mana Lat membesar sudah lama tiada. Kini ia dibina semula dalam versi dan bentuk yang sama. Rumah ini dibina kira-kira 30 minit dari kampung asal tersebut.

Ia akan dibuka untuk orang ramai pada akhir tahun ini. Pada mulanya, ia dirancang untuk dilancarkan pada bulan Julai, tetapi akibat krisis COVID-19 projek itu terpaksa dihentikan sementara.

Rumah Lat dan Galeri, yang terletak di pinggir bandar Ipoh ini, akan memberikan pengunjung gambaran mendalam mengenai kehidupan kartunis terkenal itu. Projek ini merupakan sesuatu yang peribadi buat dirinya dan gembira kerana ia disokong oleh kerajaan negeri Perak.

Mengimbau memori dengan perincian perabot dan binaannya.
Di rumah itu, pengunjung akan dapat mengimbau kembali kenangan lalu, kerana ia lengkap dengan perabot yang kebanyakannya dari era sebelum Perang Dunia Kedua.

Ini termasuk meja rias, satu set meja dan kerusi, cermin berbingkai, rak untuk menggantung pakaian dan almari keluarga Lat di mana dia pernah menyimpan rekod piring hitam dan baju vinil kesayangannya ketika berusia 19 tahun.

“Masih ingat lagi, saya akan mengunci almari itu kerana rakan serumah akan menyelongkar piring hitam milik saya dan pakai pakaian saya.”

“Almari itu adalah antara barang berharga buat saya, malah saya berjimat untuk membeli piring hitam dan pakaian kerana saya percaya perlu untuk kelihatan segak pada usia itu.”

Di sudut galeri, peminat lama dan baru akan dapat melihat hasil karya selama empat dekad Lat bermula dari 1964, dengan gambar dan ilustrasi yang menggambarkan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Meurutnya Rumah Lat dan Galeri akan mengimbau kenangan bagi generasi lama, tetapi sesuatu yang baru dan menarik bagi generasi muda.

“Sebanyak mana saya menikmati proses menjayakan projek ini, tetapi saya percaya ia bukanlah semata-mata untuk saya tetapi demi generasi masa hadapan.”

Sumber

Komen
Loading...