IKLAN

"Rumah Tak Duduk Pun Kene Cas Elektrik?" - Saharul Ridzwan Persoalan Bil Elektrik Melambung

Saharul Ridzwan Luah rasa tidak senang hati apabila bil elektrik rumahnya melonjak tinggi sehingga walaupun rumah berkenaan tidak didiami sesiapa.

Menurutnya, rumah yang terletak di Cyberjaya itu tidak didiami mereka, malah mempersoalkan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku kerana cas yag dikenakan di kediamannya itu adalah di luar jangkaan.

“Rumah kat Cyberjaya yang tak duduk pun kena cas ada penggunaan elektrik? Time PKP hantu berdisco bukak suis kot kat dalam tu.”

Bagaimanapun menguatkan lagi kenyataannya itu, beliau turut memuat naik paparan “screenshot” yang mempamerkan graf penggunaan elektrik bulanan bermula bulan Januari sehinga Jun.

Katanya, beliau kini difahamkan seakan buntuk berdepan situasi ini dan tidak mengetahui sebab dan punca insiden ini berlaku malah turut runsing memikirkan solusi masalah tersebut.

Meskipun begitu, saharul juga dilihat memohon maaf kepada pengikutnya di laman Twitter apabila bertindak melepaskan marahnya di laman berkenaan.

IKLAN

“Sorry lah lepaskan geram kat sini, sekurang-kurangnya marah tu tak tertuju kat sapa-sapa. Kang aku membebel kat meter tu orang cakap gila.”

Sehingga kini masih belum hangat isu membabitkan caj penggunaan elektrik yang dikenakan kepada seluruh penduduk di Malaysia.

Foto : Instagram Saharul Ridzwan.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN