Ikuti Kami:

RM600 Ribu Dirampas, ARMADA Tegaskan Ia Wang Bantuan COVID-19

RM600 Ribu Dirampas, ARMADA Tegaskan Ia Wang Bantuan COVID-19

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM600,000 dari rumah dua ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipercayai milik parti berkenaan.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan dibuat oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

“Hasil soal siasat, kami pergi ke rumah kedua-dua ahli (Armada) berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan dilakukan menemui wang tunai berjumlah RM600,000 di dua lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, SPRM turut merampas sebuah kereta bernilai RM100,000 milik pihak ketiga, hari ini yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalah guna untuk siasatan lanjut.

ARMADA BERSATU dalam kenyataannya menjelaskan wang tunai RM600,000 itu adalah sebahagian dari jumlah wang yang dikeluarkan bagi persiapan untuk kegunaan Bantuan Covid19, Bulan Ramadhan dan Hari Raya.

“Namun RM600 ribu yang disebut adalah sebahagian dari jumlah wang yang dikeluarkan bagi persiapan untuk kegunaan Bantuan Covid19, Bulan Ramadhan dan Hari Raya. Hal ini adalah kerana ketidak tentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari.

“Fasa pertama bantuan makanan telah diedarkan diseluruh negara pada bulan Ramadhan. Bantuan kebajikan tambahan juga telah diagihkan melalui kepada mereka yang memerlukan. Ini adalah perkara asas bagi menjaga kebajikan ahli seperti mana yang dilakukan oleh Parti Bersatu di peringkat Pusat,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Kenyataan itu turut menegaskan ARMADA BERSATU Malaysia tidak menyokong sebarang bentuk penyelewengan wang dan mengalu-alukan penyiasatan dijalankan dengan adil.

Terdahulu, media melaporkan SPRM dipercayai meminta Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu untuk mengisytiharkan aset dan harta bagi membantu siasatan.

BACA : Syed Saddiq Dedah Jumlah Pendapatan, Orang Ramai Terkejut Dengan Jumlah Yang Diterima

Sebelum ini, media juga melaporkan kehilangan wang berjumlah lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq yang membawa kepada siasatan SPRM berhubung perkara itu pada Mac lalu.

Foto : Bernama, Media Sosial

Komen
Loading...