RM10 Tapi Lauk Begini? Ibu Bapa Bengang Peniaga Hari Sukan Sekolah Ambil Kesempatan
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu
Semasa Hari Sukan sekolah, makanan biasanya lebih istimewa daripada hari-hari biasa. Namun, terdapat insiden di mana segelintir peniaga dilihat cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran yang tidak setimpal dengan hidangan yang diberikan.
Baru-baru ini, seorang ibu, Ummu Ata Durrani, meluahkan rasa kecewa di Facebook setelah melihat makanan yang diberikan kepada anaknya semasa Hari Sukan.
“Ini kali kedua, ya, Hari Sukan sekolah anak-anak dapat makanan yang dibayar RM10, lauknya begini sahaja. Kepada peniaga-peniaga, saya pun berniaga, tetapi tak tergamak nak bagi anak-anak makan lauk sebegini. RM10, ya!” tulisnya dengan penuh kesal.
Gambar yang dikongsikan menunjukkan hidangan tersebut hanyalah nasi kosong dengan seketul ayam goreng dan sedikit sambal. Tiada lauk tambahan yang diharapkan.
Rata-rata ibu bapa lain turut meluahkan kemarahan terhadap peniaga terbabit dan merasa kasihan kepada anak-anak mereka yang terpaksa menerima hidangan sebegitu. Ada juga ibu bapa yang mengambil inisiatif membeli makanan dari luar untuk anak-anak mereka, bimbang perkara yang sama akan berulang.
Mereka berharap pihak sekolah dapat mengambil tindakan tegas agar situasi sebegini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.