
Ribuan peminat muzik dari seluruh Borneo termasuk Brunei dan Kalimantan membanjiri Stadium Tertutup Miri malam tadi bagi menyaksikan Konsert MeleTOP TVS yang julung kalinya dianjurkan di luar Lembah Klang.
Konsert selama dua jam bertemakan “Nang Champiyen Nang Legend” itu menampilkan kolaborasi dua peneraju industri penyiaran negara iaitu Astro dan TVS dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TVS Astro Ria Astro GO dan Sooka
Miri dipilih sebagai lokasi pertama penganjuran luar Kuala Lumpur sekali gus menjadikannya pusat tumpuan hiburan serantau dengan kehadiran penonton dari Sabah Brunei dan Kalimantan. Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang turut hadir memeriahkan acara.
Konsert dimulakan dengan persembahan budaya oleh Sada Borneo dan Dion Das sebelum Stacy dan Mimifly mengambil alih pentas dengan lagu bertenaga seperti Abracadabra Menyala dan Angkat.
Peminat turut dihiburkan dengan persembahan mantap oleh Wani Kayrie dan Noki yang membawakan lagu Original Sabahan dan Not Like Us
Kemuncak malam menyaksikan penyanyi ikonik kelahiran Sarawak Dayang Nurfaizah menerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP sebagai penghargaan atas sumbangan beliau mengharumkan nama negeri dan rantau Borneo di pentas muzik nasional.
Anugerah disampaikan oleh Pengerusi TVS Dato’ Norhyati Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS Mohamad Sardon Zainal
Dayang meneruskan persembahan dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan duet bersama Hael Husaini menerusi Haram yang mencuri perhatian penonton.
Persembahan turut dimeriahkan dengan kemunculan artis jemputan seperti Marsha Milan Hairee Francis dan Nadeera yang semakin mencuri tumpuan sejak kejayaan di pentas AJL39
Konsert ditutup dengan persembahan rancak oleh kumpulan Dolla yang mengajak penonton berdansa di akhir malam. Hos-hos terkenal seperti Nabil Ahmad Sherry Alhadad dan Hawa Rizwana bersama pengacara TVS Cheryl Toh Fattah Bolh dan Ghaz Zawawi memastikan suasana kekal meriah sepanjang malam
TVS turut mengumumkan penganjuran Konsert Berkat Gawai-Kaamatan yang akan berlangsung pada 21 Mei 2025 di Stadium Tertutup Miri.
Konsert sempena dua perayaan utama Borneo itu bakal menampilkan Ella sebagai artis utama bersama barisan bintang seperti Bob Yusof Velvet Aduk Ramles Walter Marina Jara dan ramai lagi
Tiket percuma untuk konsert tersebut mendapat sambutan hangat dan habis ditempah dalam masa singkat. Orang ramai masih boleh mendapatkan tiket di laman web TVS atau di pintu masuk selagi stok masih ada
Menurut Mohamad Sardon Zainal Miri merupakan lokasi strategik kerana kedudukannya berhampiran Brunei Sabah dan Kalimantan.
Ulang tahun ke-20 Miri sebagai bandar raya disifatkan sebagai masa paling sesuai untuk meraikan rakyat dan budaya Borneo dalam skala besar
Konsert MeleTOP TVS membuktikan bahawa hiburan percuma dengan barisan artis ternama mampu menarik pelancong serantau serta membuka peluang kepada bakat tempatan untuk diketengahkan di pentas berkelas dunia.