Ikuti Kami:

RHM Design & Construction Sambut 10 Tahun, Perkenalkan Pakej Mewah RHM Luxe

RHM Design & Construction Sambut 10 Tahun, Perkenalkan Pakej Mewah RHM Luxe

Sambutan ulang tahun ke-10 RHM Design & Construction Sdn Bhd (RHM) berlangsung meriah semalam, di mana majlis makan malam dan anugerah diadakan serentak dengan perasmian pejabat besar (HQ) baharu mereka.

Acara ini dianjurkan untuk menghargai pelanggan, pembekal, dan rakan niaga RHM atas sokongan sepanjang sepuluh tahun mengendalikan lebih 1,000 projek ubah suai dan reka bentuk dalaman (ID).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RHM Design, Nurul Amira Rashid, dalam ucapannya, menyatakan tidak pernah sangka RHM akan mencapai tahap ini, sambil berkongsi kejayaan RHM menyiapkan projek besar yang mana satu pencapaian yang tidak pernah dijangka

“Perjalanan 10 tahun ini. Saya tidak pernah bayangkan kita akan sampai sejauh ini. Ia bermula dengan cita-cita kecil, sehinggalah kita dapat buat projek besar di Menara Berkembar KLCC. Itu satu kejayaan yang tidak saya jangka,” kata Nurul Amira.

Beliau turut meluahkan penghargaan tidak terhingga kepada para pelanggan yang telah memberikan kepercayaan penuh, malah sanggup melabur ratusan ribu ringgit untuk merealisasikan rumah impian mereka, biarpun RHM pada awal penubuhannya belum mempunyai banyak portfolio atau bukti kerja yang kukuh untuk ditunjukkan.

Sempena sambutan ini, RHM melancarkan satu bahagian perkhidmatan baru yang lebih istimewa, iaitu RHM Luxe yang dikhaskan untuk memberi layanan lebih peribadi kepada pelanggan yang membayar lebih.

“Kami ingin memberi layanan istimewa. Melalui RHM Luxe, pereka yang uruskan projek adalah yang lebih ‘senior’. Kami tawarkan perkhidmatan di mana klien hanya perlu ‘masuk rumah cuci kaki’.

“Ini bermakna segala susun atur perabot dan kelengkapan lain akan diuruskan sepenuhnya oleh RHM. ” jelas Nurul Amira.

Nurul Amira (Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif).

Sambutan ulang tahun RHM juga dihangatkan dengan acara ‘Open Day’ yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu yang mendaftar (RSVP).

Promosi istimewa yang ditawarkan, iaitu RM1 sekaki persegi untuk upah ubah suai rumah bersaiz 1,000 kaki persegi ke atas, telah ‘habis ditempah’ dengan cepat.

Dalam pada itu, adiknya Nurul Asiqin Rashid yang menguruskan bahagian strategi dan sistem, berkongsi bahawa kekuatan RHM adalah gabungan antara sistem kerja yang tersusun dan pemilihan pekerja yang betul.

Nurul Asiqin (Rakan Kongsi & Pengurus Besar).

“Rahsia kami boleh siapkan projek besar seperti tukar lantai di 33 tingkat bangunan Petronas Twin Towers dalam masa singkat adalah sebab kami ada sistem, dan kami ambil pekerja yang tepat.

“Kami menekankan dokumentai, sistem, dan polisi dalam syarikat bagi memastikan semua proses dapat diukur dan berjalan lancar.,” tegas Nurul Asiqin.

RHM dipimpin oleh dua beradik wanita dengan peranan yang berbeza: Nurul Amira (Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif) yang menguruskan jualan di hadapan, manakala Nurul Asiqin (Rakan Kongsi & Pengurus Besar) adalah di belakang tabir, menjaga strategi, kertas kerja, sistem, dan wang syarikat.

Beliau juga menambah budaya kerja berpasukan RHM membolehkan syarikat mengukur hasil kerja kreatif, ini terbukti dengan penilaian 4.9 bintang di Google Review daripada banyak pelanggan.

Kini, RHM mempunyai 30 orang pekerja meletakkan sasaran jualan sebanyak RM15 juta tahun depan dan bercita-cita untuk menjadi ketua pasaran (market leader) dalam industri ini dalam tempoh lima tahun, dengan mengembangkan RHM menjadi satu platform yang menggabungkan perkhidmatan arkitek, kejuruteraan, dan pembinaan.

Komen
Loading...