Ikuti Kami:

Restoran Terima 500 Tempahan Palsu Dari ‘Universiti Malaya’

Restoran Terima 500 Tempahan Palsu Dari ‘Universiti Malaya’

Baru-baru ni, sebuah restoran yang berada di Kuala Lumpur terpaksa menanggung kerugian besar setelah ditipu oleh pesanan palsu yang dibuat oleh ‘Universiti Malaya’ untuk sebuah acara yang mempunyai 500 orang.

Hal tersebut telah didedahkan oleh PichaEats yang berkongsi hantaran itu di Facebook rasmi mereka. Katanya, pesanan untuk acara yang sepatutnya berlangsung pada hari ini itu dibuat oleh seseorang yang dikatakan wakil untuk universiti itu.

Permintaan segera itu dibuat dengan alasan vendor mereka menarik diri pada saat akhir. Selepas semua persiapan dan pesanan itu dibuat, ternyata mereka mendapati bahawa tiada acara yang diadakan.

Secara ringkasnya, ia adalah scam/prank. Sebenarnya tiada acara atau pesanan dan dokumen-dokumen tersebut adalah palsu.>

Dalam pada itu, restoran tersebut juga mendapati bahawa sebuah syarikat katering lain juga telah ditipu sehari sebelumnya dan turut mengalami kerugian yang besar. Meskipun begitu, PichaEats bertindak untuk mengagihkan makanan yang tersedia itu kepada komuniti.

Jika anda memerlukan makanan untuk hari ini (makan tengah hari, minum petang, makan malam) untuk keluarga, perhimpunan pejabat, atau ingin menderma supaya kami boleh mengagihkan makanan kepada komuniti yang memerlukan, sila DM kami!

Komen
Loading...