Restoran Rebung Chef Ismail Lancar Bufet Ramadan 2025 Bertemakan “Golek-Golek Ramadan”
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu
Restoran Rebung Chef Ismail kembali dengan Bufet Ramadan yang dinanti-nantikan untuk tahun 2025, bertemakan “Golek-Golek Ramadan”.
Bermula dari 2 Mac hingga 29 Mac 2025, bufet ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang luar biasa dengan pelbagai juadah tradisional Malaysia.
Hidangan istimewa seperti Ayam Golek, Itik Golek, Nasi Istana, Gulai Kawah Daging Tetel, Roti John Daging, dan Nasi Kerabu Kelantan bakal memukau para pengunjung.
Tidak ketinggalan pelbagai pencuci mulut seperti Sagu Lemak Durian, Bubur Lambuk, Onde-Onde, Roti Jala, dan Pisang Goreng yang melengkapkan menu berbuka.
Harga untuk bufet ini bermula serendah RM 99 bagi dewasa dan RM 59 bagi kanak-kanak, warga emas, dan OKU untuk tempahan awal antara 2 Januari hingga 28 Februari 2025.
Harga biasa adalah RM 109 bagi dewasa dan RM 69 nett bagi kanak-kanak, warga emas, dan OKU bermula dari 2 Mac hingga 29 Mac 2025.
Bufet kali ini turut mendapat sokongan daripada KARA, jenama krim kelapa tempatan. Pelancaran produk terbaru mereka, krim kelapa bersaiz 110ml, disambut dengan kolaborasi bersama Chef Ismail.
Video masakan khas bertajuk “Cinta KARA, Cinta 110%”, menampilkan Chef Ismail bersama penyanyi terkenal Ernie Zakri dan Syamel, akan dikongsikan di platform media sosial KARA Malaysia.
Menambah kemeriahan, persembahan istimewa daripada Orkestra Melayu Rojer akan menghiburkan para tetamu dengan gabungan muzik Ghazal, Melayu Asli, dan Joget.
Restoran Rebung juga menyediakan kemudahan ruang makan yang mampu menampung sehingga 450 orang pada satu masa, termasuk bilik-bilik privasi seperti Orange Room, Red Room, dan Green Room, serta ruang terbuka seperti Anjung. Ruang solat yang selesa turut disediakan, dengan akses mesra OKU dan kemudahan parkir yang luas.
Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup atau mendapatkan perkhidmatan katering, restoran ini turut menyediakan pakej khas yang sesuai untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan atau korporat.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi:
No. Telefon 1: 03-2276 3535
No. Telefon 2: 03-2276 2525
Emel: [email protected]
Alamat: 5-2, Aras 5, Parking Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa dan Aidilfitri yang istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan hanya di Restoran Rebung Chef Ismail.