Ikuti Kami:

Remaja Pandu Myvi Dikepung 7 MPV Polis

Remaja Pandu Myvi Dikepung 7 MPV Polis

Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan polis selepas dikejar 15 kilometer.

Suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi itu dikatakan memecut laju selepas diarahkan berhenti oleh anggota polis yang menaiki MPV.

Ketika meloloskan diri, suspek memandu dengan cara berbahaya dan telah melanggar beberapa kereta orang awam.

Selepas ditahan pihak berkuasa, polis kemudiannya menemui beberapa jenis dadah dipercayai milik suspek.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beg sandang milik suspek.

Ia termasuk 10 biji pil Erimin 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dadah Ecstacy seberat seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dadah jenis Ecstacy seberat 4.61 gram.

Selain itu, satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis Ketamine seberat 9.84 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.60 gram.

Berdasarkan penemuan pelbagai jenis dadah itu, tidak hairanlah remaja tersebut sanggup memandu sejauh itu demi meloloskan diri dari tujuh MPV polis yang mengejarnya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A (1), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Komen
Loading...