Ikuti Kami:

Red Box Sasar Gelaran Hab Sosial No.1 Asia, Bakal Buka 15 Cawangan Baharu

Red Box Sasar Gelaran Hab Sosial No.1 Asia, Bakal Buka 15 Cawangan Baharu

Red Box Karaoke, jenama pusat hiburan ikonik tanah air, mengumumkan pelan transformasi besar-besaran untuk muncul sebagai “Hab Sosial No.1 Asia” menerusi pembukaan 15 cawangan baharu di seluruh negara, termasuk di Melaka, Genting, dan Johor.

​Langkah strategik ini diumumkan sempena majlis “Kongsi Raya Media & Artis Night 2026” yang berlangsung dengan penuh meriah di ibu kota, baru-baru ini.

​Pengarah Urusan Red Box, Terry Swee, berkata penjenamaan semula ini bertujuan mengubah persepsi pusat karaoke tradisional kepada sebuah platform bersepadu yang menggabungkan hiburan, penyebaran kandungan, dan interaksi sosial.

​”Kami mahu melangkah lebih jauh. Red Box kini bukan sekadar tempat menyanyi, tetapi sebuah hab yang menghubungkan masyarakat menerusi muzik tanpa mengira latar belakang budaya dan generasi,” katanya.

​Selain peluasan perniagaan, Red Box turut memperkenalkan inisiatif platform terbuka yang membolehkan artis indie dan bakat baharu memuat naik karya mereka terus ke dalam sistem karaoke secara percuma.

​Inisiatif ini dilihat sebagai usaha proaktif syarikat dalam memperkasakan ekosistem muzik tempatan dan memberikan pendedahan meluas kepada pencipta kandungan asli Malaysia.

​Tahun 2026 turut menyaksikan kemunculan semula konsep inovatif Green Box yang menyasarkan sehingga 100 lokasi di seluruh negara, termasuk di kawasan strategik seperti Kota Kemuning, Subang, KLIA2, dan AEON Tebrau.

​Green Box yang mendapat pengiktirafan Rekod ASEAN sebagai “Hab Sosial Mudah Alih Paling Lengkap dan Pertama di ASEAN” itu
menawarkan ruang modular kompak bersaiz 2m x 2m.

Ia dilengkapi pelbagai fungsi termasuk penstriman filem, rakaman audio, mesyuarat pintar, serta paparan skrin tanpa wayar.

​Kemuncak majlis menyaksikan pengumuman carta muzik tahunan yang menjadi rujukan industri:
– ​10 Lagu Raya Melayu Terbaik 2026
​- 10 Lagu Melayu Tempatan Terbaik 2025

​Kedua-dua carta ini disusun berdasarkan data sebenar pilihan pengguna di seluruh rangkaian Red Box, sekali gus mencerminkan citarasa tepat rakyat Malaysia.

​”Muzik adalah medium penyatuan. Dalam masyarakat majmuk kita, interaksi muzik antara kaum semakin berkembang dan kami komited untuk memastikan karya tempatan terus didengar di pentas yang lebih luas,” tambah Terry.

Loading...