Ikuti Kami:

“Reboot Global” – Jom Join #QuranHour Pada 20 Ramadan 1441H

“Reboot Global” – Jom Join #QuranHour Pada 20 Ramadan 1441H

#QURANHOUR merupakan satu kempen berimpak tinggi cetusan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bertujuan menggalakkan setiap individu Muslim berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

Kempen #QuranHour merangkumi World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour yang membawakan visi islah dengan al-Quran, membentuk ciri-ciri Muslim sejati berasaskan kerangka fikir al-Quran dengan misi 100 juta ummah berinteraksi dengan al-Quran di seluruh dunia, memberi inspirasi kepada ummah untuk berinteraksi bersama al-Quran serta menyebarkan kebaikan dan membuat perubahan.

Ia juga membawakan matlamat al-Quran sebagai tali untuk menyatukan ummah seluruh dunia.

Pandemik COVID-19

Pada tahun kelima penganjurannya pada 30 Mei 2019, World #QuranHour mengangkat tema ‘Solusi Cabaran Sejagat’ mengajak masyarakat untuk memahami empat cabaran dunia akhir zaman dan solusi yang diibrahkan daripada surah al-Kahf.

Ujian pandemik COVID-19 ini telah memberi kesan sejagat kepada seluruh warga global dari segi cara hidup, sosial, ekonomi dan tentu sekali kepada mental, emosi dan spiritual kita.

Sekiranya kita tidak segera menanganinya dengan sikap dan cara berfikir yang betul kesan pandemik ini berpotensi melemahkan kita dalam banyak segi, terutamanya dari sudut semangat serta daya tahan mental dan emosi kita.
Solusi dari Al-Quran

Misi Surah Ar-Rahman

World #QuranHour dengan Misi Surah Ar-Rahman pada 10 hari terakhir Ramadan tahun ini sebagai solusi menuju kepada ketenteraman jiwa dan membina rasa syukur di kalangan ummah global dengan tidak mendustakan empat nikmat besar yang Allah berikan kepada kita sebagaimana dirakamkan dalam Surah Agung ini.
Hadiah dari Allah

Kita tidak dapat menafikan bahawa COVID-19 ini telah menjadi cabaran besar di seluruh dunia, namun pada masa yang sama telah menjadi “hadiah” dari Allah SWT untuk menyelesaikan masalah keharmonian global dan isu ketegangan kaum dan agama.

Kita telah menyaksikan masalah yang seolah-olah tidak ada solusi berkesan sebelum ini seperti pencemaran alam dan masalah sesama makhluk juga selesai.

Dunia seperti sedang “Reboot”

Dunia seperti sedang melalui proses “Reboot” dari Allah SWT. Oleh itu, perlunya kita segera mengambil momentum ini dengan mengadakan gerakan besar-besaran berinteraksi dengan Kalam Ilahi, mendoakan agar apa yang sedang kita lalui akan memberi impak kepada jiwa manusia untuk tunduk menginsafi kelemahan kita dan betapa kita perlukan “Divine Intervention” agar kita dapat bangkit bagi memakmurkan dunia

Selama 1 jam, antara jam 12 tengahari hingga 1 petang, semua yang terlibat di seluruh dunia akan menghentikan aktiviti lain dan akan membaca, memahami mesej dari Allah melalui tadabbur Al-Quran dan menggariskan apa perkara yang perlu mereka laksana dan amalkan dalam menguruskan hidup mereka.

Apa yang perlu dilakukan dalam 1 jam pada 20 Ramadan ini?

▪Ikuti dari rumah atau ruang kerja masing-masing. Siapkan Al-Quran Terjemahan

▪Ikuti siaran langsung di TV Alhijrah, RTM, Bernama TV, Astro Oasis dan atas talian di FB; Sinar Harian, TV AlHijrah, World #QuranHour

▪Sebagai solidariti bersama, semasa 1 jam World #QuranHour, ambil gambar sendiri atau bersama keluarga dan rakan (jaga penjarakan sosial) dan pos ke media sosial dengan tanda pagar: World #QuranHour

Bagi mendapatkan maklumat terkini serta info untuk bahan World #QuranHour 2020, mohon LIKE FB page: QuranHour

Komen
Loading...