Ikuti Kami:

realme 6 Dengan Varian 8GB/128GB Berharga RM1199 Di Malaysia

realme 6 Dengan Varian 8GB/128GB Berharga RM1199 Di Malaysia

Baru sahaja realme 6 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung Mac lalu, kini mereka telah menambah satu lagi varian iaitu model dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB pula.

Jika sebelum ini, realme 6 hanya terdapat dalam varian 4GB/64GB dan dijual pada harga RM999. Varian terbaharu ini pula dijual pada harga RM 1199.

Dari segi spesifikasi lain, tiada penambah baikan disertakan berbanding saiz RAM dan ruangan storan dalaman tersebut. Ia turut mempunyai cip pemprosesan Helio G90T, paparan 6.5 inci LCD 90Hz, kuad kamera 64MP, dan juga kapasiti bateri 4,300mAh. Bateri tersebut turut juga menyokong pengecasan pantas Flash Charge 30W.

Di Malaysia, ia dijual pada harga RM1199 boleh didapati dalam 2 pilihan warna iaitu Comet White dan Comet Blue. realme 6 dengan 8GB RAM ini akan mula dijual bermula 2 Mei 2020 kelak di Lazada dan seluruh pengedar realme yang sah.

Komen
Loading...