Ikuti Kami:

Realiti Sebenar Pekerja Kurier Sepanjang Tempoh PKP

Realiti Sebenar Pekerja Kurier Sepanjang Tempoh PKP

Sepanjang bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, rakyat Malaysia makin rancak ‘shopping’ dalam talian tanpa mengira masa. Memandangkan tidak boleh keluar secara suka hati dan banyak premis perniagaan juga tidak beroperasi, pembelian online adalah pilihan yang sangat tepat. Tambahan pula, banyak promosi yang dilakukan oleh platform pembelian online dan menggalakkan lagi orang ramai sakan membeli belah.

Apabila segala ini boleh dilakukan dengan hujung jari, pasti terdapat ‘bayaran’ yang perlu diberikan. Pembelian dalam talian kadang kala memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menunggu bungkusan sampai di depan pintu rumah. Ada bungkusan yang cepat sampai dan ada juga bungkusan yang perlu menunggu hingga berminggu-minggu.

Parcel kena ‘simpan’ lama sangat
Ramai netizen menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan penghantaran barang dan peniaga yang menjalan perniagaan secara dalam talian. Segelintir netizen menyalahkan perkhidmatan kurier kerana mengambil masa yang lama untuk mengemaskini tracking number.

Namun, ada juga netizen yang turut memahami keadaan di mana ketika ini orang ramai membuat pembelian dalam talian dengan secara banyak.

Ini realiti sebenar yang terjadi
Di laman Twitter, seorang pemilik akaun theemoonchild_ telah berkongsi keadaan sebenar yang terpaksa dihadapi saban hari oleh pekerja perkhidmatan kurier. Pekerja-pekerja perlu menguruskan lambakan bungkusan yang meningkat setiap hari dengan jumlah pekerja yang sama.

Pemilik akaun ini telah menyebelahi pihak perkhidmatan kurier dengan mengatakan orang ramai tidak memahami rutin harian pekerja penghantar bungkusan ketika PKP. Nasihat kepada golongan peniaga untuk menghantar pesanan bungkusan dengan awal supaya pekerja dapat mengimbas bungkusan dengan cepat.

7 ribu bungkusan diterima setiap hari
Thread di laman Twitter tersebut juga mendapat perhatian individu yang bekerja sebagai penghantar bungkusan. Menurut mereka hampir setiap hari bungkusan yang diterima oleh syarikat kurier melebihi 7 ribu. Kesemua bungkusan tersebut perlu diimbas kod sebelum proses-proses penghantaran dimulakan.

 

Satu motor kena bawa satu guni, satu beg balas dan dua beg tepi
Seorang lagi pekerja di syarikat perkhidmatan kurier juga berkongsi ‘kerja keras’ mereka yang terpaksa membawa hampir 160 bungkusan seorang untuk dihantar ke rumah penerima.

 

Tertanya-tanya juga adakah semua pekerja ini mendapat waktu rehat yang secukupnya ataupun tidak. Adakah mereka mempunyai waktu untuk makan tengahari dengan tenang ataupun tidak. Manakala orang ramai yang duduk di rumah pula tidak sabar menanti bungkusan tiba.

Asalkan bungkusan dapat dihantar

Perkongsian pengalaman oleh seorang lagi netizen, Syahir Azman mendedahkan bahawa para pekerja kurier perlu berkerja dua kali ganda daripada hari kebiasaan. Mereka tidak mempunyai waktu yang cukup untuk diri sendiri yang penting tugas pada hari tersebut dapat disempurnakan.

Pelanggan yang menerima bungkusan lewat janganlah terus memarahi penghantar bungkusan. Pekerja ini juga merupakan manusia biasa yang mempunyai batasan kudrat untuk melakukan sesuatu.

Bermulanya bulan puasa yang mulia ini, orang ramai perlu menerapkan sikap sabar dan memahami terhadap pekerjaan ini. Mereka sudah berusaha sebaik mungkin untuk memudahkan urusan semua orang. Ucapkan terima kasih dengan wajah yang ceria apabila menerima bungkusan supaya pekerja ini rasa dihargai dengan penat lelah mereka.

Komen
Loading...