IKLAN

Reaksi Bapa Kilafairy Sentuh Hati Netizen Bersyukur Anak Sudah Berhijab

Selepas berkongsi berita baik tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan mendoakan agar Kilafairy terus istiqamah.

Terbaru, pelakon wanita ini telah berkongsi sebuah video di laman Youtube rasminya di mana dia merakam reaksi bapanya apabila mengetahui bahawa anak gadisnya itu sudah berhijab.

Awalnya mengusik apabila melihat anak gadisnya itu mengenakan tudung namun tersenyum lebar sambil meluahkan rasa syukur apabila Kilafairy memberitahu bahawa dia sudah berhijab sepenuhnya.

IKLAN

Adegan mesra di antara dua beranak itu nyata menyentuh hati netizen selain ada yang menangis kerana melihat riak wajah ayahnya yang hiba.

Tekad dengan penghijrahan ini, pelakon wanita itu sudah pun memadam semua gambar yang menampakkan rambutnya di laman Instagram.

Bukan sahaja menerima sokongan daripada ahli keluarga malahan Neelofa yang merupakan antara rakan baik Kilafairy telah menghadiahkan koleksi hijab ‘Naelofar’ bagi sebagai pencetus semangat kepada perubahan yang baik itu.

Seronok tengok semua orang yang support Kilafairy dalam perjalanan hidup yang baru ini.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN