Acara gaya hidup dan kulinari terkenal, RASA TAIWAN, kembali mewarnai ibu kota dengan kehadiran enam jenama ikonik dari Taiwan menerusi pop-up eksklusif di eslite spectrum Kuala Lumpur, The Starhill, Bukit Bintang, bermula 17 hingga 20 Oktober ini.
Dianjurkan oleh Pentadbiran Perdagangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan, acara selama empat hari itu mengetengahkan tema “The Taste of Taiwan × The Culture of Gifting” yang meraikan tradisi memberi buah tangan sebagai simbol penghargaan dan kasih sayang dalam budaya Taiwan.
Pop-up kali ini menampilkan pelbagai produk makanan buatan tangan berkualiti tinggi termasuk kek kastela madu, croissant berlapis, wagashi matcha dan jus lemon hasil proses slow-brew. Kebanyakan produk tersebut diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia.

Menurut kenyataan penganjur, RASA TAIWAN bukan sekadar acara jualan makanan, sebaliknya platform yang menggabungkan seni kulinari dan nilai budaya untuk mencipta kenangan bermakna serta mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia dan Taiwan.
Enam jenama terkemuka yang mengambil bahagian ialah:
Meigetsudo – Ditubuhkan pada tahun 1935 dan terkenal dengan wagashi tradisional seperti matcha yokan dan manisan gyuhi.
E.G-Sain (Ichinose) – Popular di Taiwan dengan kek madu dan tart nenas menggunakan madu longan tulen.
Jiavin Bakery – Dikenali dengan biskut nougat mini yang tular, menampilkan perisa unik seperti matcha, teh susu Thai dan strawberi.
Dong He Oil – Pengeluar minyak bijan generasi keempat yang masih mengekalkan teknik tradisional menggunakan kayu api dan batu kisar.
Tian Yue Sun Shi – Pakar jus lemon dari Taiwan Selatan yang menghasilkan jus melalui proses perlahan selama lebih 20 jam.
iminding – Jenama croissant bulat pertama di Taiwan, pemenang anugerah pastri antarabangsa dengan lapisan mille yang halus.

Selain menikmati sampel percuma dan membeli produk secara terus, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif seperti zon bergambar, misi kutipan setem serta sesi perkongsian jenama yang diadakan di eslite Forum.
Sesi perkongsian tersebut membolehkan pengunjung mendengar kisah di sebalik setiap jenama termasuk sejarah, falsafah pembuatan serta inspirasi budaya yang mendorong kejayaan mereka.
Jadual Sesi Perkongsian Jenama:
18 Oktober (Sabtu): Tian Yue Sun Shi (4.30 petang) dan Meigetsudo (5.30 petang)
19 Oktober (Ahad): iminding (1.00 tengah hari), Dong He Oil (2.00 petang), E.G-Sain (3.00 petang) dan Jiavin Bakery (4.00 petang)
Lokasi: eslite spectrum Kuala Lumpur, The Starhill, Bukit Bintang
Tarikh: 17 – 20 Oktober 2025 (Jumaat hingga Isnin)
Masuk Percuma
Semua sesi adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
Untuk maklumat lanjut dan jadual penuh, layari eslite.com.my atau ikuti @eslite_my di Instagram.




