Ikuti Kami:

Rangga & Cinta: 5 Sebab Filem Muzikal Ini Wajib Anda Saksikan di Pawagam

Rangga & Cinta: 5 Sebab Filem Muzikal Ini Wajib Anda Saksikan di Pawagam

Selepas lebih 20 tahun sejak Ada Apa Dengan Cinta? mencipta fenomena di seluruh rantau, kisah cinta Rangga dan Cinta kini kembali dalam versi baharu berjudul Rangga & Cinta.

Filem muzikal ini membawa semula kenangan lama dengan cara yang segar dan moden, penuh lagu, puisi dan emosi yang menyentuh hati.

Berikut lima sebab kenapa anda wajib menontonnya di pawagam:

1. Kisah Cinta Yang Tak Pernah Lapuk
Cinta antara Rangga dan Cinta bukan sekadar cerita dalam filem. Ia kenangan bagi ramai yang pernah menonton versi asalnya dulu. Dalam Rangga & Cinta, kisah ini dihidupkan semula dengan suasana romantik dan nostalgia yang membuat penonton terkenang zaman remaja.

2. Nyanyian Live Penuh Perasaan
Tidak seperti filem lain, semua babak nyanyian dalam Rangga & Cinta dirakam secara live di lokasi. Ini bermakna suara dan emosi pelakon dirakam terus semasa mereka berlakon, bukan dirakam awal di studio. Hasilnya, setiap lagu terasa lebih jujur dan menyentuh hati.

3. Lagu Lama Dihidupkan Semula
Lagu-lagu ciptaan Melly Goeslaw dan Anto Hoed dari Ada Apa Dengan Cinta? kembali dalam versi baharu yang lebih segar. Walaupun diberi sentuhan moden, melodinya masih mengekalkan rasa nostalgia dan keindahan cinta yang pernah kita kenal.

4. Pelakon Baharu Dengan Gaya Sendiri
El Putra Sarira dan Leya Princy membawa wajah baharu kepada watak Rangga dan Cinta. Walaupun masih muda, mereka berjaya menunjukkan chemistry yang kuat. Lakonan mereka terasa tulus, membuat penonton mudah terbawa dengan emosi cinta dua watak ini.

5. Diterima Di Peringkat Antarabangsa
Sebelum ditayangkan di Malaysia, Rangga & Cinta telah menerima tepukan gemuruh di Festival Filem Antarabangsa Busan. Visualnya yang cantik dan jalan ceritanya yang penuh perasaan mendapat pujian ramai. Tayangan perdananya di Kuala Lumpur juga mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan.

Dengan gabungan kenangan lama dan sentuhan moden, Rangga & Cinta bukan sekadar filem muzikal tetapi pengalaman yang penuh makna.

Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya di pawagam bermula 6 November 2025. Rasai semula keindahan cinta dan muzik yang menyentuh jiwa.

Komen
Loading...