Ikuti Kami:

Ramai Tergamam Tony Eusoff Buat Magik Koyakkan Duit RM100!

Ramai Tergamam Tony Eusoff Buat Magik Koyakkan Duit RM100!

Menerusi video tersebut, kelihatan Tony Eusoff menggunakan wang kertas RM100 sebagai prop utama. Dia kemudiannya menebuk dan mengoyakkan wang tersebut membuatkan ramai tergamam. Manakan tidak wang bernilai RM100 yang rasanya sangat besar harganya buat sesetengah orang.

Melakukan magik ini memerlukan kemahiran tertentu untuk menghiburkan penonton. Malah jika magik yang dilakukan menjadi, memang boleh buat penonton tergamam dan terfikir bagaimana seseorang itu berjaya melakukannya.

Sama seperti yang dilakukan oleh selebriti bernama Tony Eusoff ini yang berkongsikan satu video silap mata dilakukannya menerusi media sosial. Video silap mata darinya itu telah meraih perhatian ramai dan menjadi tular di pelbagai platform media sosial.

 

Video tersebut telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 7,300 retweets serta 10 ribu likes. Rata-rata yang menonton video Tony Eusoff buat magik ini meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

Sumber: Twitter Tony Eusoff

Komen
Loading...