IKLAN

Rakyat Terpaksa Menetap Di Pondok Bila PKP Diistiharkan, Adun Johol Perjelas Berita Tular

Semalam, tular di media sosial mengenai seorang pelajar UTM Skudai, dikenali sebagai Maznah Binti Ismail, yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam pulang ke rumahnya di Malan, Dangi.

Kisahnya menjadi perhatian ramai selepas pemandu kenderaan IPD yang menghantarnya pulang, mendedahkan mengenai kedaifan hidup keluarga Maznah yang terpaksa tinggal di dalam khemah.

“Tinggal dan mempunyai rumah kediaman sendiri di Meru, Klang…”

Namun, semalam YB Saiful Yazan Sulaiman, ADUN Johol tampil memberikan memberi penjelas mengenai berita yang ditularkan. Beliau menyangkal dan mengatakan bahawa perkara yang tersebar itu tidak tepat menerusi Facebook miliknya

“Ulang alik ke Kg Malan, bina pondok utk berehat”

"Tanah yang diduduki oleh beliau telah mendapat hakmilik pada tahun 2018 sewaktu pentadbiran Kerajaan BN N. Sembilan yang lalu."

IKLAN

"Rumah peninggalan arwah ibubapa beliau yang sebelum ini terbiar kosong telah terbakar pada tahun 2015."

"Sepanjang beliau berulang alik sekali sekala ke Kg Malan, beliau telah membina pondok untuk berehat & kadang kala juga tidur bersama keluarga di kampung untuk mengusahakan tanah tersebut."

Terpaksa terus menetap di pondok selepas PKP diistiharkan"

"Bermula cuti sekolah yang lalu, beliau telah balik ke kampung bersama isteri dan 3 orang anak, dan serentak dengan itu juga PKP diistiharkan. "

"Situasi ini memaksa beliau terus menetap di pondok yang di bina."

"PKP diistiharkan, terus menetap di pondok…"

IKLAN

Timbul pula pelbagai persoalan…

Walau bagaimanapun, di ruangan komen pelbagai pendapat serta persoalan yang telah dikemukakan oleh para pengguna Facebook.

“Isunya dia terkandas di tanah kampung kebun sendiri…”

“Pencerahan yang menjernihkan suasana…”

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN