Ikuti Kami:

“Rakyat Malaysia Perlu Pertimbangkan Menyewa Berbanding Membeli Rumah” – Penganalisis

“Rakyat Malaysia Perlu Pertimbangkan Menyewa Berbanding Membeli Rumah” – Penganalisis

Melalui laporan Free Malaysia Today, seorang penganalisis menyarankan agar rakyat Malaysia untuk pertimbangkan menyewa rumah daripada membeli.

Ia kerana kenaikan harga rumah yang semakin hari semakin tinggi membuatkan orang ramai tidak mampu untuk membeli lagi.

Dalam pada masa yang sama, penganalisis itu berkata pembelian rumah juga menjadi salah satu faktor bebanan kewangan buat orang ramai.

Difahamkan dari laporan kumpulan teknologi hartanah Juwai IQI, harga purata untuk pangsapuri baru di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024, manakala harga untuk subsale pula RM521,614.

Harga tersebut dikatakan lebih tinggi daripada harga purata rumah Pusat Maklumat Tanah Negara (NAPIC) sebanyak RM467,144 pada tahun lalu.

Kita harus lebih memberi tumpuan kepada pasaran sewa dan bukannya pemilikan rumah. Seseorang itu tidak seharusnya terburu-buru berhutang perumahan hanya untuk memiliki rumah.

Komen
Loading...