Ikuti Kami:

“Rajin Ke Surau Untuk Solat Berjemaah, Mungkin Asbab Rangka Mayat Warga Emas Tiada Bau Busuk” – Jiran

“Rajin Ke Surau Untuk Solat Berjemaah, Mungkin Asbab Rangka Mayat Warga Emas Tiada Bau Busuk” – Jiran

Semalam media melaporkan rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong di sini, Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.

Rangka lelaki berusia 72 tahun ditemui anak lelaki mangsa yang datang untuk bertemunya selepas empat tahun mereka terputus hubungan.

Berkongsi kisah, jiran arwah yang dikenali sebagai Nurina memaklumkan si mati memang gemar ke surau untuk solat berjemaah selain mengajar kanak-kanak mengaji.

Nurina juga menyifatkan arwah sebagai seorang yang pendiam dan tidak pula melihatknya sejak beberapa tahun yang lalu.

“Saya selalu lalu depan rumah dia untuk hantar anak ke rumah pengasuh, tetapi untuk beberapa tahun ini tidak nampak dan tak pernah pula bau mayat.

“Mungkin asbab amalan dia, aibnya dilindungi atas amalan yang sering dibuat semasa hayatnya.

Terdahulu, tular mesej di media sosial mengenai penemuan mayat warga emas itu yang dikatakan sudah tidak kelihatan sejak empat tahun lalu.

Dalam mesej yang tular mengatakan kejadian itu tidak disedari penduduk setempat kerana mangsa pernah memaklumkan kepada rakan dan penduduk mahu pulang ke kampung sebelum kehilangannya.

“Sehinggakan semalam (Khamis) anak arwah datang mencari dan pihak JMB terpaksa mengumpil kunci untuk melihat keadaan rumah

“Ramai terkejut kerana tiada siapa yang mengetahui dan tiada bau busuk di kawasan berkenaan,” katanya.

Siasatan mendapati mangsa mempunyai penyakit darah tinggi dan pernah terkena strok. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Komen
Loading...