Raikan Ramadan dengan “Icip Icip Desa” di MiCasa All Suite Hotel
- oleh Mohd Indera
- 4 minggu lalu
MiCasa All Suite Hotel mengalu-alukan anda untuk menyambut bulan suci Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menikmati bufet makan malam bertemakan “Icip Icip Desa”.
Disediakan khas oleh Chef Adrian dan pasukannya, bufet ini menampilkan pelbagai citarasa tradisional dari utara dan selatan tanah air, termasuk hidangan klasik seperti Kerabu Kerisik Kulit Timun, Nasi Ambeng, Nasi Ulam Ayam Percik, Asam Pedas Tetel, dan Itik Salai Masak Lemak Cili Api.
Chef hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memastikan rasa asli dan keistimewaan tempatan.
Bufet ini juga menawarkan sup dan salad segar seperti Sup Ekor dan Lautan Seafood, yang menjadi kegemaran ramai, serta Kambing Panggang dengan pelbagai sos menyelerakan.
Tidak lengkap tanpa pencuci mulut, pelbagai kuih tradisional Melayu, Pengat Pisang dan Nangka, ABC, cendol, buah-buahan segar, teh tarik, kopi, dan minuman balang turut disediakan.
Selain itu, terdapat stesen masakan langsung di mana chef akan memasak hidangan di hadapan anda, menjanjikan rasa segar dan pengalaman makan malam yang interaktif.
Bufet Ramadan ini berlangsung dari 7 hingga 23 Mac 2025, bermula jam 6:30 petang hingga 10:00 malam.
Harga bufet adalah RM139 bagi setiap dewasa, manakala warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (5-12 tahun) boleh menikmati bufet ini pada harga RM95.
Tempahan awal antara 10 Januari hingga 28 Februari 2025 menawarkan harga istimewa iaitu RM109 bagi setiap dewasa, sementara harga untuk warga emas dan kanak-kanak kekal RM95.
MiCasa All Suite Hotel turut menyediakan kemudahan seperti kadar tetap tempat letak kereta pada RM5 setiap kemasukan dan surau untuk kemudahan para tetamu.
Tempahan awal amat digalakkan bagi memastikan tempat anda terjamin, memandangkan tempat duduk akan diatur dengan teliti untuk memberikan ruang yang selesa kepada setiap tetamu.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi talian +603 2179 8000 Ext: 7088, WhatsApp ke +6017 219 6126, atau email ke [email protected].
Untuk tempahan berkumpulan dan pembelian voucer, anda boleh menghubungi Jabatan Jualan di +603 2179 8181 atau email ke [email protected].
Shiso Dining di MiCasa All Suite Hotel menanti kehadiran anda untuk menikmati malam penuh kegembiraan sepanjang bulan Ramadan ini.