Ikuti Kami:

“Qifarah” Hantui Penonton Di Pawagam 9 Oktober Ini

“Qifarah” Hantui Penonton Di Pawagam 9 Oktober Ini

Pengarah popular, Ghaz Abu Bakar sekali lagi membawa penonton menelusuri dunia seram menerusi filem Qifarah, yang akan mula ditayangkan pada 9 Oktober.

Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Sharifah Sakinah dan Rita Nadira, serta menampilkan Liyana Jasmay, Namron, Vanida Imran, Esma Daniel dan Rafique Iskandar.

Diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama MyWay Pictures, dan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi.

Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang terperangkap dalam legasi keluarganya yang mengamalkan ilmu hitam sejak kecil.

Penonton akan menyaksikan konflik batin watak utama serta sumpahan warisan yang membayangi kehidupannya, sambil menimbulkan persoalan sama ada dia mampu melepaskan diri atau menjadi korban seterusnya dalam kitaran gelap tersebut.

Menurut pihak produksi, Qifarah bukan sekadar hiburan, tetapi turut menyampaikan mesej tentang akibat menyimpang daripada kebenaran dan balasan (qifarah) terhadap perbuatan syirik.

Sinematografi suram dan elemen mistik yang menyeramkan dijangka meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Treler rasmi Qifarah dijangka dilancarkan tidak lama lagi bagi memberi lebih debaran kepada penonton sebelum tayangan penuh pada 9 Oktober.

Komen
Loading...