Ikuti Kami:

Puteri Aishah bersyukur Negatif Covid-19

Puteri Aishah bersyukur Negatif Covid-19

“Lepas 11 hari dalam wad, pagi tadi pukul 12 pagi saya buat second swab (ujian), dalam tengahari tadi jururawat kata Puteri negatif! You are free from Covid-19!

“Saya berjaya lawan Covid-19. Saya boleh keluar hari ni,” katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Sementara itu, Puteri turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang merawatnya sepanjang berada di hospital dan orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

“Alhamdulillah syukur! Terima kasih semua sebab doakan Puteri dan terima kasih yang teramat sgt kepada semua nurse dan doktor yang jaga dan rawat saya selama di sini.

“Saya sangat hargai terima kasih banyak-banyak,” ujarnya.

Pada 7 April lalu, Puteri Aishah dimasukkan ke hospital selepas didapati positif Covid-19.

Puteri Aishah dipercayai menerima jangkitan itu selepas pulang dari penggambaran sebuah drama di Scotland pada hujung Mac lalu.

Selain Puteri Aishah, aktor Ashraf Muslim, pelakon kanak-kanak, pengarah serta beberapa kru turut positif Covid-19.

Komen
Loading...