Ikuti Kami:

PUBG MOBILE Lancar Acara Kolaborasi Epik ‘Attack on Titan’ di Sunway Velocity Mall

PUBG MOBILE Lancar Acara Kolaborasi Epik ‘Attack on Titan’ di Sunway Velocity Mall

Para peminat permainan video dan anime dijemput menyertai satu acara istimewa hujung minggu ini apabila PUBG MOBILE, permainan mudah alih popular di seluruh dunia, menganjurkan acara kolaborasi dengan francais anime terkenal, Attack on Titan, di Sunway Velocity Mall dari 31 Mei hingga 2 Jun 2025.

Acara ini dianjurkan bersempena pelancaran kemas kini versi 3.8 PUBG MOBILE bertemakan “Dawn of the Steam Era”, yang memperkenalkan elemen visual baharu berinspirasikan steampunk serta menyatukan ciri-ciri ikonik daripada Attack on Titan ke dalam pengalaman permainan.

“Kami sangat teruja untuk membawa ‘Steampunk Frontier’ dan dunia epik Attack on Titan kepada komuniti Malaysia. Kolaborasi ini membuktikan komitmen kami dalam menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan relevan kepada para pemain setia serta peminat anime,” kata Eugene Chin, Pengurus Negara (Malaysia) bagi Tencent Games.

Sepanjang tiga hari acara berlangsung, pelbagai aktiviti interaktif ditawarkan kepada pengunjung, termasuk empat misi menarik yang membolehkan peserta memenangi hadiah eksklusif:

  • Misi 1: Jenis Senjata Kegemaran – Peserta akan mengundi senjata kegemaran mereka melalui undian fizikal dan menunjukkan ketepatan dengan membaling bola berwarna.
  • Misi 2: Zon Main Sekarang! – Pemain baharu boleh memuat turun permainan dan dibimbing oleh jurulatih, manakala pemain sedia ada hanya perlu menunjukkan akaun mereka.
  • Misi 3: Mini Photo Booth AOT – Peluang bergambar di photo booth khas bertemakan Attack on Titan dan berkongsi gambar tersebut di Instagram Stories.
  • Misi 4: Kuiz Bunyi Senjata – Peserta perlu meneka jenis senjata hanya berdasarkan bunyi dalam ujian pengetahuan permainan.

Peserta yang berjaya menyelesaikan kesemua misi akan menerima pelekat eksklusif dan satu peluang memutar roda hadiah, dengan hadiah termasuk Unknown Cash (UC) bernilai antara RM5 hingga RM100 serta barangan edisi terhad.

Peluang tambahan untuk memutar roda juga diberikan kepada peserta yang mengikuti akaun media sosial rasmi PUBG MOBILE.

Acara ini terbuka kepada semua dan menjanjikan pengalaman mendalam bagi peminat permainan dan anime. Kemas kini PUBG MOBILE Versi 3.8 boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store dan akan tersedia sehingga 6 Julai 2025.

Jangan lepaskan peluang untuk menyelami dunia steampunk dan titan gergasi hanya di Sunway Velocity Mall!

Komen
Loading...