Ikuti Kami:

PUBG MOBILE 3.9 Tampilkan Kolaborasi TRANSFORMERS dan Dunia Cyberpunk

PUBG MOBILE 3.9 Tampilkan Kolaborasi TRANSFORMERS dan Dunia Cyberpunk

Permainan mudah alih popular PUBG MOBILE kembali dengan kemas kini terbaharunya, Versi 3.9, yang membawa kejutan besar kepada pemain termasuk kolaborasi epik bersama francais ikonik TRANSFORMERS serta pengenalan kawasan futuristik Neon Outpost bertemakan dunia cyberpunk.

Mulai hari ini hingga 2 September, pemain boleh merasai pengalaman permainan yang lebih imersif dengan kandungan bertema, mod kompetitif baharu, dan penambahbaikan visual serta mekanik permainan yang lebih mantap.

Kemunculan TRANSFORMERS dalam kemas kini ini merupakan antara kolaborasi paling dinanti peminat. Bermula 8 Julai, pemain boleh memanggil watak popular seperti Optimus Prime dan Megatron menggunakan Cybertron Beacon, menyaksikan transformasi mereka antara mod robot dan kenderaan, serta menggunakan kuasa ikonik seperti Charge Slam dan Triple Fusion Blast.

Pertarungan khas antara dua musuh legenda ini juga boleh berlaku dalam arena eksklusif di peta Erangel. Selain itu, pemain boleh memilih menyokong Team Optimus Prime atau Team Megatron dan melengkapkan misi untuk membuka pelbagai ganjaran eksklusif.

Satu lagi tarikan utama ialah Neon Outpost, kawasan bertema siberpunk yang tampil dengan elemen futuristik dan pencahayaan neon yang menyerlah. Lokasi ini boleh ditemui di Erangel, Livik dan Sanhok dengan tiga zon utama iaitu gelanggang tinju, pasar gelap, dan hab tenaga.

Pemain berpeluang menyertai Astro Den, satu arena khas pertempuran jarak dekat yang hanya boleh diakses melalui portal unik.

Di sini, pemain hanya menggunakan senjata yang dijumpai di lokasi dan akan dihidupkan semula secara automatik. Pasukan terakhir yang bertahan hingga tamat masa akan meraih ganjaran eksklusif.

Versi 3.9 turut mengemaskini Metro Royale: Zombie Uprising, yang kini menampilkan sistem bos bertingkat dan mekanik tetasan raksasa. Senjata jarang seperti pedang melee emas juga boleh diperoleh sebagai trofi eksklusif dalam mod ini.

Bagi pemain yang gemar persaingan, mod Ranked Arena yang baharu akan berlangsung dari 24 Julai hingga 2 September. Pemain boleh mendaki pangkat daripada Bronze hingga Ace dalam pelbagai mod pertempuran termasuk Team Deathmatch dan Domination Town.

Kemas kini turut memperkenalkan Hab 3D tepi pantai yang meriah, lengkap dengan mini game dan emote interaktif.

Pemain juga boleh mencuba senjata Paint Gun dalam mod World of Wonder yang bukan sahaja memberikan kerosakan tetapi turut menyimbah warna ke atas musuh serta menentang bos ais baharu iaitu Ice Dragon.

Di Mod Rumah, permainan tradisional Mancala kini boleh dimainkan selain ciri Home Parking Lot yang membolehkan pemain berebut ruang letak kereta eksklusif di rumah rakan mereka.

PUBG MOBILE 3.9 juga menandakan permulaan Kitaran 9 Musim 25 dengan memperkenalkan ganjaran baharu, senjata seperti ASM Abakan, dan penambahbaikan mekanik motosikal serta basikal dalam mod klasik.

Senapang penembak tepat DSR dan pelbagai lampiran kini tersedia dalam kotak udara bagi menambah variasi dalam strategi tempur.

Untuk butiran penuh dan nota tampalan rasmi, pemain boleh melayari laman sesawang PUBG MOBILE atau mengaksesnya melalui aplikasi permainan.

Komen
Loading...