PTTI Perkukuh Peranan Dalam Pendidikan, 3,000 Pelajar Hadir Roadtour Skor A+ SPM
- oleh Mohd Indera
- 22 Jul 2025 11:50 pm

Platform pendidikan digital terkemuka, PTTI terus memperkukuh peranannya dalam bidang pendidikan negara apabila berjaya menghimpunkan lebih 3,000 pelajar menerusi program Roadtour Skor A+ SPM PTTI yang berlangsung di Hotel Grand Renai, Kelantan pada 19 Julai lalu.
Program ini merupakan salah satu usaha berterusan PTTI dalam mendekati pelajar secara langsung, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi membimbing mereka melalui perkongsian teknik pembelajaran efektif dan strategi menjawab soalan peperiksaan dengan lebih yakin.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, kejayaan penganjuran di Kelantan ini bukan sahaja membuktikan kekuatan jenama PTTI dalam industri pendidikan digital, malah mengukuhkan lagi kepercayaan ibu bapa serta pelajar terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
“PTTI percaya setiap pelajar mempunyai potensi besar untuk cemerlang sekiranya diberikan bimbingan yang tepat dan suasana pembelajaran yang kondusif.
“Siri jelajah ini sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendedahan secara terus, motivasi dan ilmu tentang teknik Skor A+ yang terbukti berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang sebelum ini,” katanya.
Tambahnya, kejayaan PTTI sebelum ini mencatat dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR) menjadi bukti jelas komitmen organisasi tersebut dalam memperkasakan pendidikan generasi muda negara.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai reaksi positif diterima daripada para pelajar yang hadir dan rata-ratanya memuji pendekatan guru-guru PTTI yang santai, mudah difahami dan memberi keyakinan baharu kepada mereka untuk menghadapi SPM.
“Teknik yang diajar sangat mudah difahami dan banyak membantu saya untuk faham topik-topik yang sebelum ini susah. Rasa lebih yakin nak jawab peperiksaan nanti,” kata seorang pelajar tingkatan lima yang hadir.
“Harap PTTI buat lagi program macam ni kat negeri-negeri lain. Cikgu-cikgu semua sangat bersemangat dan bagi motivasi yang kuat,” ujar seorang lagi pelajar.
Dalam masa sama, sempena ulang tahun kelahiran Cikgu Fana pada 20 Julai lalu, PTTI turut mengumumkan potongan yuran istimewa untuk semua pelajar tingkatan satu hingga lima yang ingin menyertai kelas dalam talian mereka menerusi www.ptti.my.
Diskaun sebanyak 15 peratus dan ke atas diberikan bagi meringankan beban ibu bapa serta memperluas akses pendidikan berkualiti kepada lebih ramai pelajar.
Tanda pagar #RoadtourSkorAPlusPTTI turut tular di media sosial dengan lebih 5,000 hantaran daripada pelajar yang berkongsi pengalaman sepanjang program berlangsung.