Ikuti Kami:

PTTI Buktikan Keunggulan Pendidikan dengan Rekod MBOR SPM 2024

PTTI Buktikan Keunggulan Pendidikan dengan Rekod MBOR SPM 2024

Pusat tuisyen terkemuka, PTTI, sekali lagi membuktikan keunggulan dalam bidang pendidikan negara apabila berjaya mencipta dua rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) berikutan pencapaian luar biasa pelajar mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

PTTI menerima pengiktirafan bagi kategori ‘Most Straight A’s SPM Students in a Tuition’ dan ‘Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition’ selepas melahirkan seramai 401 pelajar yang memperoleh keputusan ‘Straight A’s’ serta mencatatkan sebanyak 18,432 Gred A terkumpul.

Pengiktirafan tersebut diserahkan dalam satu majlis penuh gilang-gemilang, Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis ini dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk pelajar, ibu bapa, selebriti serta tokoh terkenal tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K), Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan lain-lain.

Selain meraikan 401 pelajar ‘Straight A’s’, majlis turut memberi penghargaan kepada 356 pelajar ‘Nearly All A’s’ dan 1,685 pelajar yang memperoleh 6A dan ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata kejayaan yang diraih adalah hasil usaha bersama ibu bapa, pelajar dan tenaga pengajar PTTI yang komited dalam memastikan sistem pendidikan berkualiti.

“Ini adalah bukti bahawa pendidikan sistematik dan berfokus mampu mengubah masa depan pelajar. Kami sangat berbangga dengan pencapaian anak-anak didik kami yang menunjukkan ketekunan dan dedikasi luar biasa,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan, PTTI bekerjasama dengan Yayasan Nurjiwa memberikan insentif tunai sebanyak RM500 kepada setiap pelajar ‘Straight A’s’, dengan jumlah keseluruhan mencapai RM200,500.

Melihat kejayaan ini sebagai batu loncatan, PTTI menetapkan sasaran untuk melahirkan 1,000 pelajar ‘Straight A’s’ dalam peperiksaan SPM 2025.

Antara inisiatif yang akan diteruskan adalah kelas dalam talian, sesi konsultasi akademik serta pemantauan prestasi secara berterusan.

PTTI juga menawarkan sesi konsultasi percuma untuk membantu pelajar dan ibu bapa menghadapi cabaran SPM tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi PTTI di www.ptti.my.

Komen
Loading...