Ikuti Kami:

Proton Saga Serba Baharu Kini Tempahan Dibuka

Proton Saga Serba Baharu Kini Tempahan Dibuka

PROTON hari ini secara rasmi membuka tempahan untuk Saga Serba Baharu, menandakan permulaan era baharu bagi sedan paling ikonik Malaysia yang telah menemani rakyat sejak empat dekad lalu.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1985, Saga menjadi simbol kemajuan nasional dan kebanggaan kejuruteraan tempatan. Kini, Saga Serba Baharu tampil dengan reka bentuk lebih moden, prestasi dipertingkat serta teknologi pintar hasil kerja jurutera tempatan di bawah pasukan R&D PROTON yang semakin kukuh.

Dibangunkan di atas Platform Advanced Modular Architecture (AMA) baharu, model ini menjadi yang pertama direka bentuk, dibangunkan dan disahkan sepenuhnya di Malaysia dengan kerjasama teknikal Geely.

Ia menonjolkan keupayaan berdikari PROTON serta kesiapsiagaan syarikat menuju teknologi pintar dan autonomi masa hadapan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa berkata, Saga Serba Baharu menyerlahkan kematangan kejuruteraan Malaysia, mengubah PROTON daripada simbol kebanggaan negara kepada pesaing automotif global.

“Saga Serba Baharu menyerlahkan kematangan kejuruteraan Malaysia,ia mengubah PROTON daripada simbol kebanggaan negara kepada pesaing automotif global,” katanya.

Mengusung slogan baharu “Intelligence That Thrills”, Saga Serba Baharu dirangka berasaskan falsafah I.C.O.N., iaitu Impressive Performance, Comprehensive Safety, Optimised Intelligence dan Next-Gen Style.

Model ini dikuasakan enjin i-GT 1.5L bersama Transmisi Variabel Berterusan (CVT), menawarkan pemanduan lancar dan efisien dengan penggunaan bahan api serendah 4.9L/100 km (MDC).

Sistem stereng kuasa elektrik (EPS) baharu turut meningkatkan kecekapan kawalan serta keselesaan pemanduan.

Dari segi keselamatan, Saga Serba Baharu dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dengan sembilan fungsi keselamatan pintar, enam beg udara serta struktur badan PROTON Reinforced Safety Structure (RESS) menggunakan komponen Hot Press Forming (HPF) untuk perlindungan maksimum.

Menampilkan dwi-skrin bersepadu 16 inci, ia menggabungkan paparan meter digital dan sistem infotainmen yang menyokong Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar. Turut dilengkapi ciri pintar seperti lampu utama automatik dan sistem Follow-Me-Home.

Dengan lampu utama projektor LED penuh, bar lampu belakang LED serta gril bermotif ‘Sulaman Songket’, model ini menyerlahkan identiti nasional dalam gaya moden. Reka bentuk dalaman turut diperkemas dengan sentuhan premium serta rim aloi dua tona 15 inci.

Sebagai sedan rakyat, Saga Serba Baharu menggabungkan inovasi, kejuruteraan halus dan nilai mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Ia ditawarkan dalam tiga varian Standard, Executive dan Premium dengan lima warna menarik: Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver dan Snow White, dengan harga anggaran antara RM40,000 hingga RM50,000.

Bermula hari ini, pelanggan boleh membuat tempahan di semua pengedar sah PROTON di seluruh negara.

Mereka yang membuat tempahan dari 10 November 2025 hingga tarikh pelancaran rasmi, dan melengkapkan pendaftaran sebelum 31 Disember 2025, akan menikmati ganjaran eksklusif seperti:

– Servis percuma 1 tahun atau 20,000 km (termasuk upah dan alat ganti servis)

– Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Saga Serba Baharu

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Menjelang pelancaran rasmi, PROTON turut menganjurkan siri jelajah ‘Ikonik Together-Gather’ di seluruh negara dari 14 hingga 23 November 2025.

Program ini bakal menggabungkan aktiviti komuniti, makanan tempatan dan penglibatan pempengaruh bagi meraikan pelancaran Saga Serba Baharu serta mendekatkan PROTON dengan rakyat Malaysia.

Orang ramai boleh mengikuti Proton Cars Official di platform media sosial utama untuk mendapatkan maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai pelancaran rasmi Saga Serba Baharu.

Komen
Loading...