Ikuti Kami:

Protes Di Rumah Putih, Trump Menyorok Di “Kubu Bawah Tanah”

Protes Di Rumah Putih, Trump Menyorok Di “Kubu Bawah Tanah”

Memasuki hari keenam demonstrasi akibat perbezaan politik dan sentimen warna kulit di Amerika Syarikat (AS), Rumah Putih pula turut diserang.

Ketika berlaku pergelutan antara rakyat dan polis yang mula membaling batu ke arah bangunan pentadbiran eksekutif itu, Presidennya, Donald Trump pula dilaporkan ‘menyorok’ di dalam sebuah ‘kubu bawah tanah’ di bangunan itu.

Trump pada malam Jumaat lalu dikatakan berlindung di bawah tanah hampir satu jam selepas ejen Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) menggesa untuk beliau berbuat demikian.

Ia ekoran pelaksanaan perintah berkurung gagal meredakan kemarahan sebahagian rakyat negara itu termasuk kumpulan minoriti.

Kubu bawah tanah itu dipercayai direka khas bagi kegunaan untuk kejadian kecemasan seperti serangan pengganas, menurut jurucakap Republikan.

Jelasnya lagi, Trump dan keluarganya berasa cemas dengan kehadiran penunjuk perasaan yang datang menyerang Rumah Putih dalam jumlah yang ramai.

Bagaimanapun, tiada maklumat jelas mengatakan sekiranya wanita pertama AS, Melania Trump dan anak lelaki pasangan itu, Barron, 14 tahun, turut sama berlindung di kubu berkenaan.

Keganasan ratusan penunjuk perasaan itu mula tercetus apabila rakyat marah dengan kekerasan dilakukan polis sehingga didakwa membawa kepada kematian seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd.

Foto : Agensi

Sumber : ABCNews

Komen
Loading...