Ikuti Kami:

Promosi Istimewa ‘Kingsman Feast’ di Ombak Kitchen Sempena Hari Bapa

Promosi Istimewa ‘Kingsman Feast’ di Ombak Kitchen Sempena Hari Bapa

Ombak Kitchen, yang mula beroperasi sejak tahun 2018, dikenali sebagai pelopor konsep makanan laut “seafood combo” berinspirasikan gaya Louisiana di Malaysia.

Restoran ini menekankan pengalaman makan secara santai dan mesra keluarga, dengan makanan laut segar disajikan terus di atas meja tanpa pinggan, satu pendekatan unik yang kini menjadi trend kegemaran rakyat Malaysia.

Dengan komitmen terhadap kualiti bahan mentah dan layanan mesra pelanggan, Ombak Kitchen terus berkembang dan menambat hati peminat makanan laut dari pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi meraikan Hari Bapa yang bakal tiba, Ombak Kitchen memperkenalkan promosi istimewa ‘Kingsman Feast’ bagi menjadikan figura ayah sebagai ‘raja sehari’ dengan hidangan mewah yang pasti menggembirakan hati mereka.

Promosi ini menawarkan dua pilihan set hidangan untuk 4 hingga 5 orang pada harga promosi serendah RM786 (harga asal RM1,086) dan RM1,176 (harga asal RM1,476), dengan penjimatan sehingga RM300.

Antara hidangan yang ditawarkan termasuk:
• 1.4kg atau 2kg Ketam Raja (King Crab) yang segar
• Kombinasi Makanan Laut Premium
• Cucur Ikan Bilis Rangup
• Tiram Bakar Keju
• Sayuran Tumis Segar
• Buah-buahan Segar
• Teh Tarik

Pelanggan boleh menikmati hidangan ini secara ‘dine-in’, bawa pulang, atau dihantar terus ke pintu rumah bapa tersayang.

Cawangan-cawangan Ombak Kitchen yang terlibat dalam promosi ini ialah:

• Setapak: Shop 7, Pusat Perniagaan Palet, 2, Jalan 3/23a, 53300 Kuala Lumpur
• Bangsar: No. 12, Lorong Ara Kiri 2, 59100 Kuala Lumpur
• Bukit Jelutong: 5.G.01, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, 40150 Shah Alam
• Putrajaya: LG-225, Lower Ground, IOI City Mall, 62502 Putrajaya

Tempahan boleh dibuat melalui laman rasmi www.ombakkitchen.my. Promosi sah dari 1 hingga 30 Jun 2025.

Komen
Loading...