Ikuti Kami:

Promasterskill Academy Sedia Platform Usahawan Kecantikan Dengan Latihan & Fasiliti Lengkap

Promasterskill Academy Sedia Platform Usahawan Kecantikan Dengan Latihan & Fasiliti Lengkap

Promasterskill Academy tampil sebagai pusat latihan kemahiran yang bukan sahaja menawarkan kursus kecantikan, malah menyediakan platform untuk pelajar memulakan perniagaan dengan kemudahan lengkap.

Diasaskan oleh Is.(Dr) Teacher Mass, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri kecantikan dan TVET, akademi ini bukan sekadar tempat belajar, tetapi juga ruang untuk pelajar terus mengaplikasikan ilmu dengan membawa pelanggan mereka sendiri.

“Kami mahu pelajar jadi usahawan, bukan sekadar lepasan kursus. Sebab itu, kami sediakan fasiliti supaya mereka boleh terus praktik dan jana pendapatan walaupun masih belajar,” jelas Is.(Dr) Teacher Mass ketika ditemui.

Konsep ini memberi kelebihan kepada pelajar kerana mereka tidak lagi perlu bergantung kepada kaedah mobile spa semata-mata, yang sering dianggap kurang profesional.

Sebaliknya, pelajar boleh menggunakan fasiliti akademi sebagai lokasi perkhidmatan, sekali gus membina keyakinan pelanggan.

Pengasas Promasterskill Academy, Is. (Dr) Teacher Mass berkata, akademi ini bukan sahaja menyediakan latihan kemahiran, malah membuka laluan kepada pengiktirafan kelayakan profesional bagi mereka yang berpengalaman melalui kaedah Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL).

Menurut beliau, pendekatan ini memberi peluang kepada individu yang telah lama bekerja atau menjalankan perniagaan dalam bidang kecantikan untuk mendapatkan diploma atau sijil tanpa perlu bermula dari asas.

“Ramai usahawan atau juruterapi kecantikan sudah mempunyai kemahiran tetapi tidak ada kelayakan formal. Dengan kaedah RPEL, pengalaman mereka akan diiktiraf dan boleh digunakan untuk melayakkan mereka menerima pengiktirafan akademik,” katanya.

Promasterskill Academy juga menyediakan kursus diploma RPEL dan TVET dalam pelbagai bidang, antaranya:

– Diploma in Aesthetics Management
– Diploma in Makeup Artistry Management
– Diploma in Spa & Wellness Management
– Diploma in Hair & Scalp Therapy
– Diploma in Reflexology Management
– Diploma in Creative Hairdressing Management
– Diploma in Pedicure & Manicure Management

Menurut Is.(Dr) Teacher Mass, selain kemahiran praktikal, pelajar juga diajar strategi pemasaran digital, cara menarik pelanggan melalui media sosial, dan penguasaan teknologi seperti AI untuk perniagaan kecantikan.

“Kami ajar cara close customer, buat poster, cara live di media sosial, bina jenama sendiri. Semua ini penting supaya mereka bukan saja mahir, tetapi juga mampu bersaing dalam industri,” tambahnya.

Sebagai usaha meningkatkan pendedahan industri, Promasterskill Academy turut menganjurkan satu program khas bersama beberapa pempengaruh dan blogger pada pagi Sabtu di Wisma Promasterskill.

Dalam sesi tersebut, hadirin bukan sahaja diberi penerangan tentang peluang TVET, malah turut diajar oleh Is. (Dr) Teacher Mass cara menghasilkan lip scrub secara praktikal.

Promasterskill Academy juga mendapat pengiktirafan HRDCorp, sekaligus menjadikan ia pilihan tepat bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran dengan latihan berkualiti dan peluang kerjaya lebih luas.

Akademi ini turut memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan OKU untuk membina kerjaya melalui kemahiran TVET.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Telefon: 03-90815439 / 011-2982132 / 014-2247484

E-mel: [email protected]

Komen
Loading...