Ikuti Kami:

Priscilla Abby, Alpha Hangatkan Vibes Up Party Anjuran vivo Malaysia

Priscilla Abby, Alpha Hangatkan Vibes Up Party Anjuran vivo Malaysia

Penyanyi popular Priscilla Abby dan kumpulan lelaki Alpha menyerikan acara Vibes Up Party anjuran vivo Malaysia yang berlangsung pada 30 September 2025 (Selasa), jam 7 malam di Hall JC 1, Universiti Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Acara berkonsepkan gabungan muzik, interaksi dan teknologi itu berjaya menarik perhatian ribuan peminat, dengan persembahan turut disertai artis jemputan Chloe dan Emily.

Menurut vivo Malaysia, penganjuran Vibes Up Party turut menampilkan telefon pintar terbaharu vivo v60 dengan ciri 10× Telephoto Stage Portrait, teknologi yang membolehkan pengguna merakam imej jelas dan terperinci ketika konsert atau persembahan pentas.

Ciri itu dilihat mampu mengekalkan ekspresi wajah, tona kulit semula jadi serta tekstur pakaian walaupun dirakam dari jarak jauh, sekali gus memberikan pengalaman seolah-olah berada di barisan hadapan.

Selain persembahan muzik, acara berkenaan turut menyediakan zon interaktif dan peluang bergambar, di samping menawarkan cabutan bertuah eksklusif kepada pengunjung.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk vivo v60 bernilai RM2,399, vivo v60 x POP MART ZSIGA Exclusive Collaboration Gift Set (RM1,299) dan WonderLab Glowy Skin Reset Gift Set (RM661).

Pengunjung juga berpeluang memenangi tambahan sebuah vivo v60 sepanjang acara berlangsung.

Komen
Loading...