IKLAN

Premis Warga Somalia, Yaman Diserbu DBKL

Premis perniaagan yang dikendalikan warga Somalia dan Yaman antara yang digempur  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

DBKL menerusi kenyataannya di Facebook memaklumkan, seramai lima anggota penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan terhadap premis yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di kawasan itu.

"Pemeriksaan di bangunan itu mendapati dua premis menjahit pakaian yang dikendalikan warga asing.

"Premis pertama dikendalikan tiga lelaki warga Somalia manakala premis kedua dikendalikan oleh seorang lelaki warga Yaman," kata kenyataan itu.

IKLAN

Menurut kenyataan, kesemua mereka adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Katanya, kedua-dua premis berkenaan disita dan kes disiasat mengikut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

DBKL meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perniagaan dijalankan warga asing tanpa kebenaran supaya menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800 88 3255 atau ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN