Ikuti Kami:

Pra-Tempah vivo X200 FE Sekarang di Mid Valley KL, Hadiah Eksklusif Bernilai RM1,656

Pra-Tempah vivo X200 FE Sekarang di Mid Valley KL, Hadiah Eksklusif Bernilai RM1,656

vivo Malaysia membuka peluang keemasan kepada para peminat teknologi dan gaya hidup untuk menjadi antara yang terawal memiliki peranti terbaharu mereka, vivo X200 FE, menerusi fasa pra-tempah eksklusif di vivo Concept Store Mid Valley, Kuala Lumpur.

Bukan sekadar telefon pintar biasa, vivo X200 FE tampil dengan reka bentuk skrin rata yang moden dan kompak, hadir dalam empat pilihan warna menarik – Pink Vibe, Blue Breeze, Yellow Glow dan Black Luxe – yang pastinya mencuri perhatian dan melengkapi gaya aktif harian anda.

Istimewanya, setiap pra-tempahan melayakkan pelanggan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,656, termasuk:

  • vivo TWS 3e (RM199)
  • Set Paddle Pickleball (RM259)
  • Pengering Rambut Laifen SE Lite (RM599)

Untuk 50 pelanggan pertama yang beratur pada jam 1 petang, 5 Julai bagi pengambilan peranti

Lebih menarik, 50 pelanggan pertama yang beratur juga berpeluang memenangi vivo X200 FE edisi terhad bertandatangan Hakken, melalui cabutan bertuah eksklusif (10 unit tersedia).

Dari segi spesifikasi, vivo X200 FE turut menonjol menerusi Lensa Super Telefoto ZEISS 50MP dengan mod Stage Zoom sehingga 10x zum, menjadikan rakaman jarak jauh atau potret lebih jelas dan sinematik.

Selain hadiah percuma, pelanggan juga akan menikmati kelebihan tambahan seperti:

  • 1+1 tahun waranti lanjutan
  • 1 tahun perlindungan skrin retak
  • Pelan ansuran 0% faedah
  • Diskaun PWP 30% untuk Watch GT dan Watch 3

Pra-tempahan kini dibuka dan stok hadiah percuma adalah terhad, jadi pelanggan digalakkan hadir awal untuk tidak terlepas peluang ini.

Jangan lepaskan peluang istimewa ini untuk menjadi antara pemilik terawal vivo X200 FE sambil membawa pulang hadiah-hadiah menarik – hanya di Mid Valley KL!

vivo Concept Store Mid Valley KL
Lot S-098, 2nd Floor, Vivo Malaysia Thunder Match Technology S/B Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra,59200 Kuala Lumpur

Komen
Loading...