
iQOO Z10, digelar sebagai ‘Power Monster’, bakal menggegarkan pasaran tempatan apabila ia dilancarkan secara rasmi pada 3 Julai 2025, menjanjikan kombinasi hebat antara prestasi berkuasa, bateri tahan lama dan paparan visual mengasyikkan.
Dihasilkan untuk memenuhi keperluan pelajar, profesional dan peminat permainan mudah alih, iQOO Z10 tampil dengan spesifikasi yang jauh melangkaui jangkaan telefon pintar dalam kategori harga mampu milik.
Dengan bateri 7300mAh BlueVolt, antara terbesar dalam kelasnya, pengguna boleh menikmati penggunaan seharian tanpa risau kehabisan kuasa.
Bateri gergasi ini turut disokong teknologi pengecasan pantas 90W FlashCharge, membolehkan peranti dicas dalam masa singkat dan terus beroperasi tanpa gangguan. Keupayaan ini menjadikan iQOO Z10 sesuai untuk mereka yang aktif dan sentiasa bergerak.
Dari segi paparan, iQOO Z10 menampilkan skrin AMOLED EyeCare 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksimum 5000 nits dan bezel terapung ultra nipis 1.86mm, menghasilkan pengalaman visual yang jelas dan imersif walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Pensijilan SGS Low Blue Light pula menjamin keselesaan mata untuk penggunaan jangka panjang.
Di bahagian teras, iQOO Z10 dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 3, menjadikannya peranti pertama dalam segmennya yang menggunakan pemproses ini.
Dengan markah penanda aras Antutu mencecah 822,705, pengguna boleh mengharapkan prestasi yang stabil untuk kerja, hiburan dan permainan video, bahkan dijangka mampu bertahan sehingga lima tahun.
Rekaan luarannya juga tidak kalah menawan. Hadir dalam pilihan warna Glacier Silver dan Stellar Black, iQOO Z10 menampilkan badan ultra nipis 7.89mm yang menawan dan ringan, sesuai untuk gaya hidup moden.
Majlis pelancaran iQOO Z10 akan disiarkan secara langsung pada 3 Julai 2025, jam 12 tengah hari menerusi Facebook, YouTube, Shopee, Lazada dan TikTok. Para peminat teknologi, pelajar, dan pencari prestasi tinggi dijemput untuk menyaksikan pengenalan rasmi peranti yang bakal mencabar status quo telefon pintar berkuasa pada harga berpatutan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti iQOO Malaysia di saluran media sosial rasmi mereka dan bersiap sedia untuk #BreakFree bersama Z10.