Ikuti Kami:

Polis Tembak Mati Seorang Lelaki Dikehendaki, Ada 26 Rekod Jenayah

Polis Tembak Mati Seorang Lelaki Dikehendaki, Ada 26 Rekod Jenayah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sangat dikehendaki polis ditembak mati di Kampung Baru Kundang di Rawang, Selangor, awal pagi tadi.

Kejadian sekitar jam 1.15 pagi ketika sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, menjalankan risikan bagi mengesan suspek disyaki terbabit kejadian pecah kedai di kawasan Damansara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis berjaya mengesan suspek memandu kenderaan jenis Nissan Grand Livina di Jalan KBK 4, Kampung Baru Kundang.

“Suspek enggan memberhentikan kereta, sebaliknya mengundurkan kenderaan secara laju dan sangat berbahaya lalu merempuh kenderaan dinaiki anggota polis dan kenderaan orang awam di tempat kejadian.

“Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri ke arah kereta dipandu suspek sehingga mengakibatkan kenderaannya terbabas.

“Suspek berusia lewat 30-an telah terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sumber
BHarian
Komen
Loading...