Ikuti Kami:

Polis Gempur ‘Markas’ GISBH Di Country Homes Rawang

Polis Gempur ‘Markas’ GISBH Di Country Homes Rawang

GOMBAK – Polis Kontinjen Selangor menyerbu kawasan pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), di Bandar Country Homes, Rawang, awal pagi Sabtu.

Serbuan dibuat jam 6.30 pagi oleh 50 pegawai dan 200 anggota Polis Kontinjen Selangor, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) serta dibantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Antara pusat perniagaan yang diperiksa adalah restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, pencetakan, pasar raya, kedai bakeri, pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan bentuk perniagaan lain yang kesemuanya menggunakan nama GISBH.

Setakat jam 8.30 pagi tadi, pihak polis dilihat melakukan pemeriksaan terhadap individu termasuk sebahagian kanak-kanak di lokasi sama.

Pihak MPS dilihat turut melakukan kerja-kerja merobohkan struktur GISBH yang dibina secara salah selain menyita beberapa premis perniagaan.

Pada masa sama juga hampir keseluruhan kawasan di pusat perniagaan Jalan Desa, Bandar Country Homes, ditutup.

Sumber
Komen
Loading...