Ikuti Kami:

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan esok

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan esok

SHAH ALAM – Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, pada Jumaat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan membuat permohonan untuk menyambung reman terhadap pasangan itu selepas tempoh reman tamat pada Jumaat.

“Esok kita akan mohon untuk menyambung reman,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan peguam ibu bapa Zayn Rayyan memaklumkan beliau tidak dibenarkan bertemu mereka yang kini dalam tahanan reman.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya itu, Fahmi Abd Moin dilaporkan berkata, beliau sudah memohon jasa baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertemu namun tidak dibenarkan.

Pada 1 Jun, Hussein mengesahkan polis menahan kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, pada jam 10.05 pagi, 31 Mei, bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan anak pasangan itu.

Pada 5 Disember tahun lalu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum mayatnya ditemui berhampiran kawasan saliran air yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sumber
Sinar Harian
Komen
Loading...