Ikuti Kami:

Pokok tumbang hempap kereta di Jalan Sultan Ismail

Pokok tumbang hempap kereta di Jalan Sultan Ismail

KUALA LUMPUR: Satu kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat berlaku di Jalan Sultan Ismail, di sini, berhadapan Hotel Concorde, petang ini.

Setakat ini pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, sudah menggerakkan beberapa jentera dan anggotanya ke lokasi kejadian.

Berdasarkan beberapa video yang tular, pokok menghempap hampir 10 kenderaan sehingga menyebabkan remuk teruk.

Ketika kejadian kenderaan yang dihempap melalui laluan dari arah Kampung Baru menuju ke arah Bukit Bintang.

Kejadian juga turut menyebabkan sebuah monorel yang melalui landasan di atas laluan berkenaan turut tergendala.

JBPM Kuala Lumpur akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Sumber
BHarian
Komen
Loading...