Ikuti Kami:

Pokok “Lidah Mertua” Beracun Dedah Pusat Racun Negara

Pokok “Lidah Mertua” Beracun Dedah Pusat Racun Negara

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pokok snake plant atau lebih dikenali sebagai lidah jin dan juga lidah mertua dikatakan memberi banyak kebaikan jika menanamnya di rumah di samping merupakan tanaman yang mudah dijaga.

Disebabkan pokok ini mendapat pengiktirafan oleh agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) sebagai tumbuh-tumbuhan yang berupaya menghilangkan toksin dan menapis udara di dalam rumah, pokok ini mula diburu sehingga menyebabkan harganya naik berlipat ganda.

Namun, pendedahan oleh Pusat Racun Negara (PRN) lebih mengejutkan berkenaan pokok viral tersebut. Mereka menggesa agar orang ramai berhati-hati dengan pokok lidah jin itu kerana mengandungi racun yang berbahaya terhadap kanak-kanak dan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Mempunyai bahan aktif Saponin
“Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif Saponin. Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.”

Ia juga mungkin akan menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Antara gejalanya ialah pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah, pastikan orang ramai berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin akan bermain atau mematahkan pokok ini dan mereka akan terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.

Komen
Loading...