Ikuti Kami:

PM Batalkan Rombongan 68 Penjawat Awam Ke Paris

PM Batalkan Rombongan 68 Penjawat Awam Ke Paris

PUCHONG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan rombongan 68 penjawat awam untuk menghadiri pameran kecil di Paris, Perancis dibatalkan.

Perdana Menteri berkata, tiada keperluan untuk rombongan penjawat awam itu hanya untuk menghadiri pameran kecil walaupun tiket penerbangan dan hotel bagi semua penjawat awam itu sudah disediakan.

Walaupun lembaga (pengurusan) berkuasa tetapi kadang-kala keputusan itu memihak kepada mereka.

”Keterlanjuran ini umpamanya ada pesta pameran kecil di Paris tetapi saya lihat dari kakitangan kementerian dan agensi berkenaan, seramai 68 yang mendaftar yang pergi,” katanya selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama kariah Masjid Darussalam Puchong, di sini hari ini.

Mengulas mengenai keputusan pembatalan 68 penjawat awam ke Paris, Anwar berkata rombongan itu sepatutnya membabitkan sebahagian kumpulan kecil sahaja.

Katanya, beliau harus bertegas kerana rombongan ke luar negara adalah membabitkan duit rakyat.

”Pembatalan melalui keputusan tegas ini akan menjadi mesej yang jelas (iaitu) menteri mesti membentangkan kepada Jemaah Menteri dan biasanya kita akan membuat pemotongan kakitangan (rombongan), jika tak perlu atau tangguh untuk menjimatkan belanja,” katanya.

Tambah Anwar, dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Kementerian semalam turut menzahirkan ketegasan yang sama.

“Majoriti penjawat awam memahami dan menyokong. Pelanggaran sebegini tidak boleh diizinkan,” katanya

Komen
Loading...