Ikuti Kami:

PKPP: Boleh Bawa Anak Dan Warga Emas Keluar, Tapi…

PKPP: Boleh Bawa Anak Dan Warga Emas Keluar, Tapi…

Menjadi persoalan di kalangan rakyat Malaysia sama ada membawa golongan berisiko seperti anak kecil dan warga emas dibenarkan atau tidak semasa Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP).

Menjawab persoalan itu, admin laman Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dalam hantarannya menjelaskan adakah anda bersedia menanggung risiko kerana Malaysia masih belum bebas dari wabak COVID-19.

“Boleh bawa dan ibu bapa/ penjaga juga tidak akan dikompaun kerana tiada peruntukan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Tapi bersedialah menanggung risiko. Kita belum selamat daripada ancaman virus baharu, COVID-19. Jika berlaku perkara buruk, anda juga yang dalam kesusahan.

“Jangan salahkan orang lain. Salah diri sendiri sebab tidak menjadi ibu bapa/penjaga yang bertanggungjawab,” tulisnya.

Mengakui kenyataan ini agak berterus terang dan kasar tapi ia adalah kenyataan yang harus diterima.

“Ibu bapa/penjaga tahu anak-anak kecil dan warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.

“Bukan setakat nasihat, malah KKM pernah merayu ibu bapa/penjaga jangan bawa keluar mereka ini.

“Kita sebagai orang dewasa pun dinasihatkan elak tempat orang ramai dan kena patuh SOP. Inikan pula anak kecil yang tidak boleh lindungi diri sendiri,” katanya lagi.

Beliau juga menasihatkan agar rakyat Malaysia menunggu sehingga negara kita betul-betul selamat dan semua orang jadikan normal baharu sebagai cara hidup.

“Tunggulah sehingga negara kita betul-betul selamat dan semua orang jadikan normal baharu sebagai cara hidup.”

“Lindungi anak-anak kita dan ikutlah nasihat kerajaan. Ia untuk kebaikan bukan menyusahkan.

“Ini bukan marah tapi nasihat…” katanya lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang media 17 Mei lepas menasihatkan supaya warga emas dan kanak-kanak untuk mengelak dari berada di tempat orang ramai.“Risiko lebih tinggi kepada kanak-kanak bawah 12 tahun, di hospital pun kita tak galakkan bawa. Kita bimbang ada jangkitan kuman.

“Kalau boleh, jangan bawa kanak-kanak dan warga emas berumur 60 tahun datang ke tempat awam seperti di hospital dan pasar raya. Elakkan,” katanya.

 

 

Foto : FMT, Malaysiakini, Berita Harian.

BACA : Pesakit Sembuh COVID-19 Masih Menunjukan Keputusan Positif? Ini Penjelasan Dr Noor Hisham

Komen
Loading...